Seramai 30 orang pelajar kejururawatan Kolej Sains Kesihatan Bersekutu (KSKB) Sg Buloh telah mengadakan lawatan kerja amal ke PDK Selayang selama 3 hari dari 31hb Mei hingga 2hb Jun 2010 (Isnin-Rabu).
Kedatangan mereka memang amat tepat pada waktunya, kerana PDK Selayang amat memerlukan tenaga bagi membantu pengurusan PDK untuk membersih, mengangkat, mengubah, menyusun dan berbagai kerja lagi. Ini juga kerana PDK dengan secara rasminya telah bermula di tempat baru bermula pada 31hb Mei 2010.
Mereka telah melakukan banyak kerja sepanjang 3 hari tersebut, yang pasti telah banyak membantu dan mempercepatkan proses penyediaan kelas, tempat belajar dan menyusun serta menyimpan berbagai peralatan dan fail yang penting untuk kegunaan PDK Selayang.
No comments:
Post a Comment