Tuesday, April 6, 2010

Pengagihan Susu Grow 3+ kepada kanak-kanak yang memerlukan oleh PDK Selayang.

PDK Selayang telah menerima sebanyak 400 pek 700g Susu Grow 3+ dari Yellow House Society of Kuala Lumpur yang didermakan oleh Abbot Labarotaries (Malaysia) Bhd. Susu tersebut adalah untuk OKU dan kanak-kanak berumur 3-10 tahun yang memerlukan.

Sehubungan itu PDK Selayang telah mengagihkan 120 pek susu tersebut untuk kanak-kanak di kawasan Apartment Julia, bandar baru Selayang Fasa 2B, seramai 60 kanak-kanak menerima 2 pek setiap seorang. Susu tersebut disampaikan oleh Wakil PDK Selayang di situ iaitu Wak Jasni dan Puan Rozita Mat Som serta Encik Helmi.



Sebahagian dari kanak-kanak yang menerima sumbangan susu tersebut bergambar untuk kenang-kenangan

Begitu juga di PPR Taman Wahyu, 60 kanak-kanak berpeluang mendapat sumbangan 2 pek susu setiap seorang yang disampaikan oleh wakil PDK Selayang di PPR Taman Wahyu iaitu Puan Rohayah Zainal.

Seramai 38 anak yatim dan kanak-kanak kurang bernasib baik dari kawasan Selayang Baru, Kg laksamana, Kg Nakhoda dan Kg Mahkota juga telah menerima sumbangan 2 pek susu tersebut.


Puan Zuriah Jabar seorang Pembantu PDK dan juga Pemandu sedang mengagihkan susu tersebut kepada kanak-kanak yang memerlukan di Apartment julia sambil dibantu oleh Encik Helmi (t.shirt putih) dan Puan Rozita Mat Som (berbaju kurung merah jambu).

42 kanak-kanak kurang upaya dari PDK Selayang juga telah dibekalkan dengan susu tersebut yang diuruskan oleh Puan Siti Nor Azila Saari dan dibantu Puan Siti Hajar Abdul Ghani.

No comments:

Post a Comment