Pada jam 7:37 pagi 4hb April 2010 (Ahad) saya menerima panggilan telefon dai Pegawai Penyelaras PDK Negeri Johor iaitu Puan Rozita yang menyampaikan berita sedih, perginya seorang insan yang banyak mendedikasikan dirinya untuk PDK Bukit Besar, iaitu Puan Rokiah pada jam 12:30 pagi akibat dari kanser yang telah merebak ke tulang belakang.
Marilah kita beramai-ramai mensedekahkan Al-Fatihah, semoga rohnya akan ditempatkan dikalangan mereka yang menerima rahmat dan hidayahNya.
Al-Fatihah.....................................................................
Amin Ya Robbul-A'lamin
Apapun selepas pemergiannya segala kerja, tenaga, buah fikiran dan masa yang telah dicurahkan untuk PDK haruslah menjadi panduan yang amat berguna untuk mereka yang meneruskan hasil kerjanya.
No comments:
Post a Comment