Friday, April 2, 2010

Lawatan Ilmiah ke Lotus F1.


Yayasan 1 Malaysia dengan kerjasama Yayasan MyKasih telah memilih adik Nurhasanah Sudirman dari PDK Selayang untuk dibawa melawat ke Bengkel dan Pit Stop Pasukan Lotus F1 Satu Malaysia di Litar Sepang pada hari ini 2hb April 2010. Beliau merupakan salah seorang asnaf dalam Program Perkhidmatan Komuniti PDK Selayang yang merupakan seorang anak yatim dan mengikuti program ini sejak tahun 2000.


Yayasan 1 Malaysia hanya memilih seorang wakil dari setiap pertubuhan yang diberi peluang dengan kriteria yang amat tinggi, iaitu calon mestilah pelajar sekolah teknik atau yang mengambil jurusan sains di tingkatan 4 sekolah menengah.
Semua pelawat yang dibawa meninjau bengkel dan pit stop pasukan F1 Lotus 1 Malaysia, untuk membuka mata kepada penglibatan mereka dalam teknikal dan kejuruteraan pada masa hadapan.

No comments:

Post a Comment