Uncle Tony Ang telah menghantar sumbangan bahan makanan bulan pertama kepada PDK Selayang pada 31hb Mac 2010.
Disamping itu Uncle Tony juga telah bersetuju untuk membantu 3 dari 5 keluarga miskin yang dicadangkan untuk menerima bantuan bahan asas makanan atau lain-lain bantuan bukan kewangan.
Keluarga pertama iaitu keluarga Puan Alina Abdul Rahman, Uncle Tony membantu anak sulungnya untuk mendapat pekerjaan sementara sebelum beliau melanjutkan pelajaran ke peringkat Sarjana Muda pada November nanti.
Keluarga kedua iaitu keluarga Puan Noraini yang tinggal di rumah sewa di Apartment Julia Bandar Baru Selayang Fasa II. Mereka akan dibantu untuk membeli uniform sekolah tambahan untuk 6 anaknya yang masih bersekolah, beserta dengan bantuan bulanan bahan asas makanan.
Keluarga ketiga pula iaitu keluarga Encik Rosman, Uncle Tony akan membantu untuk membeli tilam dan bantal serta selimut untuk anak-anak beliau.
Keluarga keempat pula tidak akan diberi bantuan kerana didapati telah mendapat lebih bantuan dari sepatutnya.
Keluarga kelima akan ditentukan kemudian kerana Uncle Tony masih belum dapat membuat lawatan dan penyiasatan untuk mengetahui keadaan keluarga tersebut.
No comments:
Post a Comment