Thursday, March 24, 2022

19.03.2022; Bengkel AgroEkologi

UPM dengan kerjasasama MRA, YSEALI, Sri-MAS, PDK Selayang, CLIPS, MBOKU telah menjayakan Bengkel AgroEkologi pada 19 Mac 2022 bertempat di Pusat 
PDK Selayang.

Bengkel selama 4 jam tersebut telah memberi peluang kepada peserta-peserta bengkel mempelajari cara-cara membuat baja kompos dan juga cecair anti serangga khas untuk tanaman.

UPM diketuai oleh Dr. Elisa hadir bersama-sama dengan beberapa pakar pertanian dan pelajar-pelajar Sarjana Muda, YSEALI diwakili oleh Puan Sakinah, Sri-MAS oleh Puan Dini, dari MRA pula ialah Puan Amirah dan Puan Zaiton, manakala MBOKU oleh Tuan Faiz. 

Bagi Pusat PDK Selayang telah menjemput seramai 8 orang pelatih remaja PDK, 5 ibubapa dan 6 orang Petugas dan 2 orang Jawatankuasa. Turut hadir ialah Tuan Ayob Mohd Yusof Timbalan Pengerusi PPDK Sri Kundang dan Puan Rosita Omar Penyelia Pusat PDK Sri Kundang....

Secara keseluruhan seramai 43 otelah hadir mengikuti bengkel tersebut. Bengkel diakhiri dengan penyampaian sijil kepada semua peserta dan jamuan makan tengahari yang ditaja oleh YSEALI.

No comments:

Post a Comment