Wednesday, August 11, 2021

PDK Selayang akan dibantu-daftarkan di bawah Akta Pusat Jagaan (APJ) oleh Jabatan Kebajikan Masyarakat.

Hasil dari lawatan naziran dan pemeriksaan premis PDK Selayang oleh 2 orang Pegawai dari Pejabat Kebajikan Masyarakat Daerah Gombak (PKMD Gombak) pada 6 Ogos 2021, mereka telah mencadangkan bahawa PDK Selayang adalah layak untuk didaftarkan di bawak Akta Pusat Jagaan (APJ) di bawah Jabatan Kebajikan Masyarakat. 

Ini adalah sebagai satu penghargaan dan pengiktirafan serta nilai-tambah oleh JKM kepada PDK Selayang.

Pejabat Kebajikan Masyarakat Daerah Gombak (PKMD Gombak) akan membantu secara langsung proses pendaftaran tersebut.

Jawatankuasa Pertubuhan PDK Selayang khasnya dan Warga PDK Selayang amnya mengucapkan jutaan terima kasih kepada Pejabat Kebajikan Masyarakat Daerah Gombak di atas usaha dan pengiktirafan tersebut.

No comments:

Post a Comment