PDK Selayang telah diberi kepercayaan oleh Jawatankuasa Surau Al-Karimiah, Kampung Laksamana, Batu Caves untuk menyediakan juadah Iftar Ramadhan 1536H. Tahun ini merupakan tahun ketiga Jawatankuasa Surau tersebut memilih penyedia juadah bersama dengan dua penyedia lagi.
Pada tahun ini, Jumlah hari untuk prnyediaan telah ditambah dari 12 hari pada Ramadahan 1435H kepada 16 hari.
PDK Selayang telah menugaskan seramai 3 orang Jurumasak dari kalangan Petugas-Petugas PDK (Petugas yang sama sejak Ramadhan 1434H). Mereka akan mula menyediakan makanan selepas tamat waktu mengajar (@:00pm).
Pada sebelah pagi, mereka diarahkan untuk menggunakan pelatih-pelatih remaja untuk membantu mereka menyiang dan menyediakan bahan-bahan untuk masakan.
Ini membolehkan mereka mendapat tambahan pendapatan menjelang Eid-Mubarak nanti.
Foto: sebahagian masakan yang disediakan pada hari 13 Ramadhan 1436H.
No comments:
Post a Comment