Sunday, April 6, 2014

Sukan Special Olympics Malaysia 2014, Kuala Terengganu

Jabatan Kebajikan Masyarakat Malaysia (JKMM) akan menganjurkan Sukan Special Olympics Malaysia 2014 di Kuala Terengganu sebagai menggantikan sukan yang sama pada tahun 2013 di Kuantan, Pahang tetapi terpaksa ditunda akibat jerubu yang melanda Kuantan dan hampir seluruh Malaysia pada ketika itu.

Manakal Special Olympics Malaysia (SOM) akan memberikan kerjasama dari segi teknikal, terutamanya yang melibatkan peraturan-peraturan sukan dan permainan kyang ditetapkan oleh Special Olympics.

Sukan tersebut akan diadakan di Kuala Terengganu pada 24-28hb Mei 2014 selama 5 hari.

Jumlah sukan yang akan dipertandingkan adalah 6 sama dengan jumlah di Kuantan iaitu Bocce, Bolasepak 11 Sebelah Unified Team, Bowling, Equestrian Olahraga dan Renang.

Seramai 1,200 orang atlet Special Olympics dari 15 kontingen negeri dijangka akan menyertai ssukan tersebut nanti. 400 pegawai dan jurulatih, 400 pegawai teknikal sukan, 200 urusetia dan 300 sukarelawan juga akan membantu melicinkan sukan tersebut.

Bocce akan mempertandingkan 7 kategori iaitu:

  • Individu Lelaki
  • Individu Perempuan
  • Berpasangan Lelaki
  • Berpasangan Perempuan
  • Berpasangan Campuran
  • Berpasukan Lelaki dan
  • Berpasukan Perempuan
Bolasepak 11 Sebelah Unified Team pula diadakan bagi menggantikan Bolasepak 5 Sebelah sebelum ini kerana pertandingan ini akan menjadi medan pemilihan pemain-pemain yang akan mewakili Malaysia pada 1st Special Olympics World Cup 11 A Side Unified Team yang akan dianjurkan oleh Malaysia. Malaysia telah memenangi pemilihan sebagai tuan rumah yang menggantikan Rio de Jeneiro yang menarik diri dari tuan rumah tahun lalu.

Yang menariknya, Bolasepak 11 Sebelah Unified Team ini, pasukan akan dianggotai oleh seramao 9 orang atlet Special Olympics (atlet kurang upaya intelek/intellectually disabled athletes) dan 7 orang pemain biasa yang dipanggil 'partners'. Semasa permainan seramai 6 orang atlet Special Olympics dan 5 orang partners akan bermain manakala penjaga gawang mestilah dikalangan atlet SO. Mereka akan bermain selama 60 minit iaitu 30 minit setiap separuh masa.

Peraturan permainan adalah mengikuti peraturan yang ditetapkan oleh AFC dan FIFA.

Sementara itu dalam sukan Bowling pula, juga 7 kategori dipertandingkan sama seperti sukan Bocce:

  • Individu Lelaki
  • Individu Perempuan
  • Berpasangan Lelaki
  • Berpasangan Perempuan
  • Berpasangan Campuran
  • Berpasukan Lelaki dan
  • Berpasukan Perempuan

Olahraga pula menawarkan 7 acara iaitu
  • 100 meter pecut
  • 200 meter pecut
  • 400 meter larian
  • 4 X 100 meter berganti-ganti
  • 4 X 200 meter berganri-ganti
  • Lompat Jauh
  • Lontar Peluru dan 
  • Lompat Jauh Berdiri (khas untuk atlet 'lower ability')
Renang pula menawarkan 4 acara sahaja iaitu:
  • 50 meter gaya bebas
  • 100 meter gaya bebas
  • 4 X 50 meter gaya bebas dan
  • 4 X 100 meter gaya bebas.
Equestrian pula menawarkan dua acara iaitu Dressage dan Gymkhanna.

Setiap kontingen negeri boleh menyertakan seramai:
  • 8 orang atlet Bocce (4 lelaki dan 4 perempuan)
  • 16 orang atlet bolasepak (lelaki sahaja)
  • 8 orang atlet bowling (4 lelaki dan 4 perempuan)
  • 8 orang atlet olahraga (4 lelaki dan 4 perempuan)
  • 8 orang atlet renang (4 lelaki dan 4 perempuan) dan
  • 8 orang atlet equestrian (4 lelaki dan 4 perempuan)

No comments:

Post a Comment