Sunday, April 13, 2014

Pilihanraya Indinesia : Calon kalah minta kembali wang yang diderma dari Masjid

Polewali Mandar (Sulawesi Barat): Jawatankuasa pembinaan Masjid Al-Aqsa di sini kebingungan selepas beberapa calon pilihan raya Rabu lalu meminta kembali wang yang mereka dermakan ketika berkempen.
Bendahari masjid, Muhammad Daming berkata, pihaknya sebelum ini menerima sumbangan beberapa calon pilihan raya yang berjumlah Rp7.5 juta (RM2,130).
Wang berkenaan sudahpun dimasukkan ke tabung derma membina masjid itu dan diumumkan kepada jemaah serta anak kariah.
“Kami mengumumkan jumlah derma dan nama calon yang menderma.
Kini, selepas mereka merasa akan kalah, mereka meminta wang itu kembali,” kata Muhammad.
Menurutnya, dia terkejut apabila calon terbabit meminta semula wang itu.
Bagaimanapun, Muhammad berkata, pihaknya akan berusaha untuk menyerahkan semula wang itu, tetapi dengan syarat.
“Ketika mengambil semula wang itu, calon mesti hadir.

Begitu juga dengan semua ahli jawatankuasa.

Ini perlu dilakukan supaya tidak timbul fitnah di kemudian hari,” katanya.
Seorang ahli jawatankuasa, Yadi berkata, calon sebelum ini berkata, derma itu ikhlas.

“Kalau ikhlas, mereka tak sepatutnya meminta kembali wang itu,” katanya yang turut mengaku malu dengan kejadian itu.

- Agensi

No comments:

Post a Comment