Seramai 15 orang Pelatih OKU dari PDK Selayang, 20 orang anak yatim dan 40 orang kanak-kanak kurang bernasib baik dari PDK Selayang dengan diiringi oleh 6 orang Petugas PDK dan 2 orang volunteers telah menghadiri majlis tersebut yang diadakan pada 1hb Januari 2014 bermula jam 10:00 pagi hingga 3:00 petang, bertempat di Dewan Merdeka Pusat Dagangan Dunia Putera (PWTC).
Mereka didatangkan dengan dua buah bas dari Selayang dan disediakan tempat duduk khas (meja khas).
Majlis tersebut dihadiri bersama tetamu istimewa iaitu Yang Berbahagia Tun Dr. Mahathir bin Mohamad dan Isteri, Timbalan Perdana Menteri Tan Seri Muhyiddin Yassin dan isteri, Pengerusi PPP Dato' M Kayveas dan isteri serta Menteri Kementerian Wilayah Persekutuan dan Kesejahteraan Bandar Datuk Seri Tengk Adnan Tengku Mansor dan isteri.
Sebelum majlis tamat, Pdk Selayang menerima 2 hamper sumbangan penganjur dan disampaikan oleh Mantan Perdanan Menteri kepada dua orang Petugas PDK iaitu Encik Mohd Shah Rizal dan Puan Siti Khalima Jamil, begitu juga semua Pelatih OKU dan dan anak yatim serta anak kurang bernasib baik menerima ang pow tahun baru dari penganjur yang disampaikan oleh Tun Dr. Mahathir Mohamad dan Tan Seri Muhyiddin Yassin.
No comments:
Post a Comment