Friday, January 10, 2014

Datuk Kumpul Duit Syiling Untuk Yuran Cucu



PRIHATINKAH KITA? 

SHARE UTK MEMBANTU.... 

Pagi – pagi saya terima whatsapp gambar ini dari adinda saya. 

Ni gambar duit yuran seorang pelajar yang masuk mendaftar ke sekolah 

semalam di Kuala Lumpur. 


Datuknya membawa punjut duit syiling yang bernilai RM64.00. Itu pun tak 

cukup untuk membayar yuran sekolah tersebut. Guru – guru ‘ topup’ untuk 

pelajar tersebut. Pelajar ini, kematian ibu sedari umurnya sebulan lagi. Bapa 

dipenjara kerana masalah dadah. Nenek bekerja sebagai cleaner dan akan 

tamat kontrak pada bulan Jun nanti. Datuknya sudah tidak berdaya untuk 

bekerja dan menerima bantuan PERKESO RM350.00. Berapalah sangat 

RM350.00 hidup di bandaraya Kuala Lumpur ini. 


Bayangkan, semua orang menunggu untuk guru mengira jumlah duit syiling 

yang di bawa oleh datuk tersebut. Kasih seorang datuk untuk menyekolahkan 

anak ini. Semasa menulis cerita ini, saya beberapa kali terbabas kerana sebak. 

Dalam dunia semakin pantas ini, di ibu kota ini, masih ada golongan yang 

dikategorikan sebagai miskin tegar. Keluarga ini, sudah memohon beberapa 

kali bantuan zakat, namun kerana kerenah birokrasi , bantuan tidak disalurkan 

kepada mereka. 


Mungkin inilah sepatutnya tugas wakil rakyat atau pemimpin masyarakat. 

Mencari mereka yang terpinggir ini. Selalunya golongan ini, tidak akan 

meminta – minta untuk menagih simpati ramai. Malah mungkin hidup mereka 

lebih bahagia dengan jumlah wang yang sedikit tetapi dimanfaatkan 

sepenuhnya. Sebenarnya, inilah ladang pahala untuk kita yang setiap hari 

membazir. Membazir makanan, membazir pakaian, membazir masa dan 

sebagainya. 


Kisah anak ini, mungkin ada juga di tempat lain. Cuma kita sahaja 

yang belum mencarinya. Saya juga ditunjukkan gambar anak – anak ini. Comel 

– comel dan gembira sahaja rupanya. Seronok hendak ke sekolah seperti 

orang lain juga. Namun bajunya tak serupa orang lain. Kekuningan, besar dan 

lusuh, mungkin juga pemberian orang lain. 


Gambar ini disebar bukan untuk menagih simpati. Gurunya yang sebar di 

kalangan rakan – rakan kami sahaja kerana sudah tidak tertahan lagi melihat 

kepayahan hidup yang anak ini bakal tempuhi. Mana tak sebak, belum pernah 

dalam sejarah sekolah, mengira duit syiling yang belum tentu cukup untuk 

dijadikan yuran sekolah. 


Akhir kalam, duit gaji atau bonus yang kita terima, sedekahlah kepada 

golongan seperti ini, kerana di dalam duit gaji kita, pasti ada hak orang lain. 

Pengajaran juga buat saya, agar tidak mewahkan anak – anak, mana tahu ada 

rakan – rakan yang tidak bernasib baik. Pasti hati kecil mereka sayu dan 

tersentuh hati, mereka tidak semewah anak-anak lain. Tiada ipad, tiada tv 

mungkin, tablet pc jauh sekali. Mungkin pegang komputer hanya di sekolah. 


Cerita ini bukan rekaan. Berlaku di sebuah sekolah rendah agama di Kuala 

Lumpur pada Januari 2014. Alhamdulillah, masih ada yang berhati mulia untuk 

membantu. 


Maklumat secara ringkas:

Nama Sek: Sek Agama Integrasi Ar-Rahmaniah, Taman Dagang, Ampang 

Nama Cikgu: Ustazah Khadijah Bt. Alang Abu Shuker 

Nama Pelajar: 1. Nurkhatijah bt. Abdullah, 2. Norsyafiqah bt. Abdul Rahim, 

No. HP Ustazah: 017-3078400 Terima kasih kerana prihatin.

No comments:

Post a Comment