Tuesday, December 31, 2013

Nasihat Kubur



Nasihat Kubur: 

1). Aku adalah tempat yg paling gelap di antara yg gelap, maka terangilah .. aku dengan TAHAJUD 

2). Aku adalah tempat paling sempit, maka luaskanlah aku dengan ber SILATURAHIM . .. 

3). Aku adalah tempat yang paling sepi maka ramaikanlah aku dengan banyak membaca AL-QUR'AN. 

4). Aku adalah tempatnya binatang2 yang menjijikan maka racunilah ia dengan Amal SEDEKAH, 

5). Aku yg menyepitmu hingga hancur bilamana tidak Solat, bebaskan sempitan itu dengan SOLAT 

6). Aku adalah tempat utk merendammu dg cairan yg sangat amat sakit,bebask
an rendaman itu dgn PUASA.. 

7). Aku adalah Munkar & Nakir bertanya, maka Persiapkanlah jawapanmu dengan banyak mengucapkan Kalimah "LAILAHAILALLAH" 

Sampaikanlah semampumu dan seikhlasmu kepada sesama Muslim walau hanya pada 1 org.. 

Sekecil apapun amal ibadah, Allah SWT menghargainya puluhan kali ganda .. InsyaAllah..

Saturday, December 28, 2013

PDK Selayang : Menghadiri Jemputan Hari Keluarga Yayasan Salleh Rokiah (YSR)




PDK Selayang menerima jemputan dari Yayasan Salleh Rokiah (YSR) untuk menghadiri program Hari Keluarga mereka pada 25hb Disember 2013 (Rabu) di Anjung Barokah, Batu 8 1/2, Hulu Langat (terletak di Kampung Sungai Gahal/Jalan menuju ke Felcra Semungkis, Hulu Langat).



Rombongan Pdk Selayang diketuai oleh Encik Mohd Yusof Tawil bersama-sama dengan Penyelia (Puan Noraini Othman) dan 3 Petugas PDK (Mohd Shah Rizal mahman Shah Rizal, Shamil Amzar Hessam Takeda Keito dan Puan Zuriah Jabar) beserta seramai 7 anak yatim (dari 8 orang yang dijemput-tak dapat hadir telah demam sejak dua hari sebelum) tiba di tempat program tersebut pada jam 9:30 pagi dan disambut oleh Dato' Prof. Ir. Dr. Haji Azhari Md Salleh dan isterinya Datin Hajjah Zainab Zain.

YSR merupakan yayasan yang ditubuhkan oleh keluarga Dato' untuk menyemarakkan semangat kekeluargaan dan saling bantu-membantu dalam keluarga tersebut disamping membantu mereka yang bekerluan.....

Yang menariknya terdapat beberapa anugerah yang boleh diikuti seperti Anugerah Calon Ulamak, Anugerah Merpati Dua Sejoli (untuk yang baru berumahtangga) dan Anugerah Usahawan/wati.

Lain-lain gambar menarik:.......