Pusat Pemulihan Dalam Komuniti Selayang (Pusat Kanak-Kanak & Remaja Kurang Upaya) No. 7078, Jalan 12, Taman Selayang Baru, 68100 Batu Caves, Selangor, Malaysia Tel: +603-6127 0581, E-mail: pdkselayang@gmail.com;
Saturday, December 28, 2013
PDK Selayang : Menghadiri Jemputan Hari Keluarga Yayasan Salleh Rokiah (YSR)
PDK Selayang menerima jemputan dari Yayasan Salleh Rokiah (YSR) untuk menghadiri program Hari Keluarga mereka pada 25hb Disember 2013 (Rabu) di Anjung Barokah, Batu 8 1/2, Hulu Langat (terletak di Kampung Sungai Gahal/Jalan menuju ke Felcra Semungkis, Hulu Langat).
Rombongan Pdk Selayang diketuai oleh Encik Mohd Yusof Tawil bersama-sama dengan Penyelia (Puan Noraini Othman) dan 3 Petugas PDK (Mohd Shah Rizal mahman Shah Rizal, Shamil Amzar Hessam Takeda Keito dan Puan Zuriah Jabar) beserta seramai 7 anak yatim (dari 8 orang yang dijemput-tak dapat hadir telah demam sejak dua hari sebelum) tiba di tempat program tersebut pada jam 9:30 pagi dan disambut oleh Dato' Prof. Ir. Dr. Haji Azhari Md Salleh dan isterinya Datin Hajjah Zainab Zain.
YSR merupakan yayasan yang ditubuhkan oleh keluarga Dato' untuk menyemarakkan semangat kekeluargaan dan saling bantu-membantu dalam keluarga tersebut disamping membantu mereka yang bekerluan.....
Yang menariknya terdapat beberapa anugerah yang boleh diikuti seperti Anugerah Calon Ulamak, Anugerah Merpati Dua Sejoli (untuk yang baru berumahtangga) dan Anugerah Usahawan/wati.
Lain-lain gambar menarik:.......
No comments:
Post a Comment