Miskin terhormat.. bersyukur dan muhasabah diri.
MISKIN TERHORMAT
Nama beliau Hateem (tak pasti sangat spellingnya)
dan saya temui beliau di Chadni Chowk di Delhi.
Kerjanya seorang penarik beca sahaja.
Ada anak 4 orang dan tinggal di sebuah bilik sewa
yang digambarkan olehnya SEBESAR 2 buah beca.
Saya suka melihat ke bawah untuk buat diri rasa
bersyukur.
Dalam masa yang sama, tak lupa perhati
di
atas supaya kita tak rasa macam hebat sangat macam
tak ada orang lain lebih hebat dari kita. Saya berbual
dengan Hateem hanya lebih kurang 5-10 minit
sahaja.
Sambil saya belikan sebotol air Pepsi untuk beliau.
Satu yang saya belajar dari beliau ialah bagaimana
beliau sangat positif dalam hidupnya. Lelaki ini
sentiasa senyum dan Bahasa Inggerisnya mampu
difahami sedikit sebanyak.
Menariknya, anak sulong
Hateem sedang dalam
pengajian di universiti dalam
bidang kejuruteraan. Katanya, bilik sewanya tidak
bertingkap dan anak-anaknya belajar di ruang
bumbung yang menjadi tempat menyidai pakaian.
Lagi
terpukul;
Beliau mahu anaknya di universiti itu
keluar dan tidak bekerja dengan kerajaan ataupun
dengan swasta tetapi menjadi ikon dan guru kepada
kanak-kanak gelandangan di sekitar Chadni Chowk.
Lalu saya tanyakan, bagaimana dengan kontrak biaya
pengajian? Jika di Malaysia, pasti ada kontrak
pembiayaan yang mewajibkan graduan bekerja
dengan penaja mereka.
Jawapan beliau membuat
saya terpukul...
beliau biayai pengajian anaknya sendiri.
Beliau menabung dari anaknya kecil supaya anak-
anaknya mampu untuk jadi graduan yang tidak
terikat.
Buktinya, anaknya yang baru 2 tahun di Universiti
kini
menjadi idola dan memberi inspirasi kepada
rakan setinggan yang lain termasuk adik-adiknya.
Selain itu, anaknya juga masih mengekalkan pointer
tertinggi untuk setiap semester. Alasannya, malu jika
tidak mampu membawa visi pengorbanan bapanya
untuk setiap rupees yang dibelanjakan.
Tiada rumah besar, tiada tv besar, tiada TV satelit,
tiada pakaian mahal dan tiada makanan mewah.
Kebanyakannya dilabur kepada pendidikan. Padanya,
pendidikan adalah jalan keluar kemiskinan. Beliau
sendiri tidak berpeluang mendapat pendidikan dan
beliau tidak mahu anaknya juga jadi begitu.
BINGGO!!
PENDIDIKAN JALAN KELUAR
KEMISKINAN
bukannya subsidi ataupun
BR1M (mohon terasa).
Beliau seorang penarik beca dengan bayaran sekitar
10-20 rupees untuk setiap perjalanan. Dalam masa
yang sama, beliau juga ringan tulang untuk bekerja
sebagai pemunggah barang sementara menunggu
pelanggan. Dapatlah sekitar 20-30 rupees setiap task.
Di samping itu, beliau ikat kontrak pergi dan balik
hantar budak sekolah oleh keluarga berpendapatan
sederhana di sekitarnya.
Bukan setakat ikat kontrak, beliau juga ikat
perut dan makan tidak lain hanya dari bekal yang
dibawa dari rumah.
Dalam beca beliau ada minuman sejuk untuk dijual
(itu yang saya beli Pepsi dan beri beliau minum
sekali). Bijak juga orang ini mencari
ruang rezeki dan tidak membazirkan masa.
Satu prinsip yang saya pelajari dari beliau ialah
"Hidup untuk cari penyelesaian
bukan mencari alasan".
Baik...itu ilmu dari tepi jalan. Ya, pelajaran tidak
semestinya datang dari mereka berstatus doktor atau
professor.
Ia boleh datang dari sekecil kanak-kanak
gelandangan di tepi jalan. Adakah kita sudi nak buka
mulut berbual dengan mereka?
Di sudut hati saya memikirkan,
alangkah bertuahnya kita di Malaysia. Walaupun
tidaklah maju sangat (walaupun PM selalu cakap
negara di landasan yang betul untuk jadi negara
maju), dan sebahagian pemimpin-pemimpinnya juga
ada yang ala-ala "Inspektor Shahab" punya korup.
Sedarlah rakanku, dunia di sebelah sana ada orang
yang lebih teruk tetapi sentiasa memikirkan
penyelesaian dan bukan alasan.
Kalau kita tengok negara yang maju, mungkin kita
rasa teraniaya tapi bila tengok negara yang lagi
teruk...mesti akan buat kita rasa bersyukur.
Kita ni, PTPTN pun kalau boleh
taknak bayar semula.
Bila kerja nanti pula lari-lari
bayar cukai.
Bila tak puas hati sahaja
dengan pemerintah, dialah
orang pertama yang
memperjuangkan nasib
pembayar cukai (dia sendiri
pun tak bayar).
Jika hari ini kita masih mampu:
> Bayar Astro Byond punya bil sampai RM150,
> Bayar UNIFI sampai 150,
> Sewa rumah kondo sampai beribu,
> bayar loan kereta sampai RM4000-5000,
> dan boleh lagi hujung minggu sekali sekala pergi
Sunway Lagoon,
rasanya KITA hilang layak nak
mengeluh dan menuding
jari pada orang lain. Fikirkan
penyelesaian bukan siapa nak
disalahkan.
Kalau cerita ini tidak
membuatkan anda (orang yang
mengeluh kesah dengan hidup)
tidak rasa malu, saya rasa anda
tak ada kemaluan (kalau ada
pun, mungkin tak boleh pakai).
![MISKIN TERHORMAT
Nama beliau Hateem (tak pasti sangat spellingnya) dan saya temui beliau di Chadni Chowk di Delhi. Kerjanya seorang penarik beca sahaja. Ada anak 4 orang dan tinggal di sebuah bilik sewa yang digambarkan olehnya SEBESAR 2 buah beca.
Saya suka melihat ke bawah untuk buat diri rasa bersyukur. Dalam masa yang sama, tak lupa perhati di atas supaya kita tak rasa macam hebat sangat macam tak ada orang lain lebih hebat dari kita.
Saya berbual dengan Hateem hanya lebih kurang 5-10 minit sahaja. Sambil saya belikan sebotol air Pepsi untuk beliau. Satu yang saya belajar dari beliau ialah bagaimana beliau sangat positif dalam hidupnya. Lelaki ini sentiasa senyum dan Bahasa Inggerisnya mampu difahami sedikit sebanyak.
Menariknya, anak sulong Hateem sedang dalam pengajian di universiti dalam bidang kejuruteraan. Katanya, bilik sewanya tidak bertingkap dan anak-anaknya belajar di ruang bumbung yang menjadi tempat menyidai pakaian. Lagi terpukul, beliau mahu anaknya di universiti itu keluar dan tidak bekerja dengan kerajaan ataupun dengan swasta tetapi menjadi ikon dan guru kepada kanak-kanak gelandangan di sekitar Chadni Chowk. Lalu saya tanyakan, bagaimana dengan kontrak biaya pengajian? Jika di Malaysia, pasti ada kontrak pembiayaan yang mewajibkan graduan bekerja dengan penaja mereka.
Jawapan beliau membuat saya terpukul...beliau biayai pengajian anaknya sendiri. Beliau menabung dari anaknya kecil supaya anak-anaknya mampu untuk jadi graduan yang tidak terikat. Buktinya, anaknya yang baru 2 tahun di Universiti kini menjadi idola dan memberi inspirasi kepada rakan setinggan yang lain termasuk adik-adiknya. Selain itu, anaknya juga masih mengekalkan pointer tertinggi untuk setiap semester. Alasannya, malu jika tidak mampu membawa visi pengorbanan bapanya untuk setiap rupees yang dibelanjakan.
Tiada rumah besar, tiada tv besar, tiada TV satelit, tiada pakaian mahal dan tiada makanan mewah. Kebanyakannya dilabur kepada pendidikan. Padanya, pendidikan adalah jalan keluar kemiskinan. Beliau sendiri tidak berpeluang mendapat pendidikan dan beliau tidak mahu anaknya juga jadi begitu.
BINGGO!!
PENDIDIKAN JALAN KELUAR KEMISKINAN bukannya subsidi ataupun BR1M (mohon terasa). Perkara sama yang saya dan sahabat di RUmah Pengasih @[176792972785:274:Warga Prihatin] buat, pendidikan diutamakan. Memang mewah anak-anak dengan ilmu walaupun makan dan tempat tinggal hanya sekadarnya sahaja. 12 orang anak-anak kami di Universiti juga dah ikrar nak balik semula ke Prihatin untuk tabur jasa pada adik-adiknya pula dan membangunkan komuniti kecil itu.
Beliau seorang penarik beca dengan bayaran sekitar 10-20 rupees untuk setiap perjalanan. Dalam masa yang sama, beliau juga ringan tulang untuk bekerja sebagai pemunggah barang sementara menunggu pelanggan. Dapatlah sekitar 20-30 rupees setiap task. Di samping itu, beliau ikat kontrak pergi dan balik hantar budak sekolah oleh keluarga berpendapatan sederhana di sekitarnya. Bukan setakat ikat kontrak, beliau juga ikat perut dan makan tidak lain hanya dari bekal yang dibawa dari rumah.
Dalam beca beliau ada minuman sejuk untuk dijual (itu yang saya beli Pepsi dan beri beliau minum sekali). Bijak juga orang ini mencari ruang rezeki dan tidak membazirkan masa.
Satu prinsip yang saya pelajari dari beliau ialah "Hidup untuk cari penyelesaian bukan mencari alasan". Baik...saya dapat pelajaran yang saya kutip dari tepi jalan. Ya, pelajaran tidak semestinya datang dari mereka berstatus doktor atau professor. Ia boleh datang dari sekecil kanak-kanak gelandangan di tepi jalan. Adakah kita sudi nak buka mulut berbual dengan mereka?
Di sudut hati saya memikirkan, alangkah bertuahnya kita di Malaysia. Walaupun tidaklah maju sangat (walaupun PM selalu cakap negara di landasan yang betul untuk jadi negara maju), dan sebahagian pemimpin-pemimpinnya juga ada yang ala-ala "Inspektor Shahab" punya korup. Sedarlah rakanku, dunia di sebelah sana ada orang yang lebih teruk tetapi sentiasa memikirkan penyelesaian dan bukan alasan. Kalau kita tengok negara yang maju, mungkin kita rasa teraniaya tapi bila tengok negara yang lagi teruk...mesti akan buat kita rasa bersyukur.
Kita ni, PTPTN pun kalau boleh taknak bayar semula, bila kerja nanti pula lari-lari bayar cukai. Bila tak puas hati sahaja dengan pemerintah, dialah orang pertama yang memperjuangkan nasib pembayar cukai (dia sendiri pun tak bayar). Jika hari ini kita masih mampu bayar Astro Byond punya bil sampai RM150, bayar UNIFI sampai 150, sewa rumah kondo sampai beriban, bayar loan kereta sampai RM1000 dan boleh lagi hujung minggu sekali sekala pergi Sunway Lagoon, rasanya anda hilang layak nak mengeluh dan menuding jari pada orang lain. Fikirkan penyelesaian bukan siapa nak disalahkan.
Kalau cerita ini tidak membuatkan anda (orang yang mengeluh kesah dengan hidup) rasa malu, saya rasa anda tak ada kemaluan (kalau ada pun, mungkin tak boleh pakai).
Sekian.
SAIFUL NANG
Coret Tertangguh dari India
* Share at your own risk (saya suka anda share)
** Antara sebab besar mengapa saya rencanakan kisah Hateem ini ialah kerana praktis beliau seiring dengan apa yang dilakukan di Rumah Pengasih Waarga Prihatin.
*** Contohi sikap menabung Kak Rosmah yang menabung dari kecil
kan??](https://fbcdn-sphotos-b-a.akamaihd.net/hphotos-ak-prn2/s403x403/1239570_10151692020510958_644934654_n.jpg)
No comments:
Post a Comment