Monday, December 23, 2013

Demam Denggi : Apakah Rawatan yang PERLU diberikan?

Sebenarnya TIADA rawatan khusus untuk demam denggi.


TETAPI

Tindakan awal yang boleh dilakukan oleh setiap orang ialah termasuk:

1. Meningkatkan pengambilan cecair : Beri pesakit demam denggi minum banyak air masak, antara 8-16 gelas (antara 2-4 liter) air sehari tetapi jika ditambah dengan meminum minuman isotonik adalah lebih baik kerana minuman isotonik mengandungi garam yang cepat meresap ke dalam tubuh.

2. Meningkatkan bekalan oksigen : Pastikan pesakit demam denggi melakukan senaman ringan 10-15 minit di waktu pagi dan diulang sekali lagi di waktu petang

3. Ubat antipiretik mungkin boleh digunakan untuk meredakan demam. Walau bagaimanapun, salisilat (sebatian yang mengandungi analgesik untuk melegakan kesakitan, antipyresis - mengurangkan demam dengan menurunkan suhu badan dan aktiviti anti keradangan seperti aspirin) perlu dielakkan kerana ia diketahui boleh menyebabkan pendarahan. 

Pesakit perlu diawasi dengan rapi bagi mengesan tanda-tanda awal renjatan.

4. Untuk pesakit-pesakit sindrom renjatan denggi :  penggantian awal dan segera plasma yang hilang dengan plasma, penambah plasma dan/atau larutan elektrolit dan cecair akan menghasilkan kesan yang menggalakkan.

5. Pesakit demam denggi perlu berehat dan minum lebih banyak air untuk segera sembuh. Pesakit yang mengalami renjatan ketika demam perlu diberi cecair secara intravena (melalui salur darah vena). Oksigen juga perlu diberikan. Untuk pesakit demam denggi berdarah, penggantian cecair badan yang hilang mungkin mampu menyelamatkan nyawanya. Bagi sesetengah kes, pemindahan darah perlu dilakukan bagi mengawal pendarahan.


No comments:

Post a Comment