Sunday, December 1, 2013

Adab / Cara-Cara Memandikan Bayi Baru Lahir

Ramai orang terlepas pandang. Zaman ini ramai yang suka gunakan kapas lembab 

(wet nappy) untuk lap najis bayi tanpa mencuci dengan air. Apabila memandikan 

bayi, jangan terus masukkaan badan bayi ke dalam tab. 

Cuci dahulu kemaluan bayi depan dan belakang menggunakan air mengalir supaya bersih. 

Tujuannya supaya apabila memasukkan bayi dalam tab air tidak menjadi air najis, kesan 

kemaluan bayi yang beristinjak tidak dicuci dengan air. 

ADAB MANDIKAN BAYI BARU LAHIR... 

Bayi baru lahir adalah khalifah Allah yang baru menjengah dunia selepas sembilan bulan 

tinggal di alam rahim. Justeru ibu bapa yang beragama Islam mestilah menyambut 

kelahirannya mengikut cara yang dianjurkan oleh Islam. Antara yang mungkin kita semua 

tidak beri perhatian adalah tatacara memandikan bayi baru lahir iaitu dari usia sehari 

hingga 40 hari. 

Dalam tempoh ini, kaedah mandian memainkan peranan penting dalam membentuk aliran 

darah dan pembentukan tulang yang baik:


1. Seeloknya mandikan bayi pada waktu dhuha, kerana pada waktu tersebut fisiologi 

kitaran darah dan degupan jantung bayi dalam keadaan tenang. Gunakan air yang suam. 


2. Siraman pertama perlu dimulakan ke atas belakangnya secara perlahan-lahan, kemudian 

baru disiramkan ke kaki, seterusnya naik ke bahagian punggungnya. 


3. Belaian dan gosokan lembut memainkan peranan penting semasa memandikan bayi. Ini 

akan membuatkan pengaliran darah bayi lancar dan baik. Siraman disertakan dengan 

sapuan sabun yang sesuai untuk bayi.


4. Seterusnya siram dari belakang hingga ke kepala. Siraman di kepala dilakukan secara 

perlahan, supaya air tidak mengalir masuk ke dalam lubang telinga. Semasa menyiramkan 

air di belakang kepala ke bahagian hadapan dahi, tangan digunakan untuk menggosok 

dahi. 


5. Sebaiknya tugas memandikan bayi dilakukan oleh bapa. Sambil memandikan, hati 

berzikir Ya Latif, Ya Hadi. 


6. Pastikan siraman tidak dilakukan pada muka bayi kerana ia boleh melemaskan bayi serta 

menyebabkan lubang hidungnya lembap seterusnya mudah selesema atau jangkitan kuman. 


7. Siraman yang terakhir, dilakukan ke atas dada seterusnya hingga ke bawah. Tidak 

digalakkan menyapu sabun pada bahagian hadapan tubuh bayi usia ini, kerana bimbang air 

dan sabun menyebabkan bahagian pusatnya lembap dan seterusnya melambatkan proses 

‘gugur’ tali pusat. 


8. Selepas selesai mandi, lapkan seluruh badan bayi dengan tuala yang 

bersih. Cara mengelap dimulakan dari kepala kerana kelewatan mengelap bahagian kepala 

boleh menyebabkan kepala dan ubun-ubun bayi basah serta membawa masalah paru-paru 

lemah. 

No comments:

Post a Comment