Saturday, August 10, 2013

Ramai rakyat Amerika tak mahu hidup lebih 100 tahun

Washington: Kebanyakan rakyat Amerika tidak mahu hidup melebihi 100 tahun.
Hasil kaji selidik yang dijalankan oleh Pusat Kajian Pew dan membabitkan lebih 2,000 responden juga menunjukkan ramai penduduk negara itu bimbang teknologi antipenuaan akan berakhir dengan kemewahan untuk golongan kaya saja.

Ketika ini, 41 juta rakyat Amerika berusia lebih 65 atau lebih, mewakili 13 peratus daripada jumlah penduduk negara itu. Jumlah itu meningkatkan empat peratus berbanding 1990. Menjelang 2050, angka itu akan meningkat kepada 20 peratus, berdasarkan unjuran Biro Bancian.

Majoriti golongan dewasa Amerika (56 peratus) berkata, mereka tidak akan memilih untuk menjalani rawatan perubatan bagi melengahkan proses penuaan dan hidup hingga 120 tahun atau lebih. Menurut kajian itu, hanya 38 peratus berkata, mereka akan berbuat demikian.

Dengan jangka hayat purata negara berkenaan pada 78.7 tahun, lebih dua pertiga berkata, mereka berminat untuk hidup antara 79 hingga 100.

No comments:

Post a Comment