Saturday, August 10, 2013

Mualaf : Tanggungjawab bersama Umat Islam, dan bukan JAKIM sahaja

Kuala Lumpur: “Apabila ada mualaf terkapai-kapai tiada pembelaan atau terpinggir, tidak adil kita menyalahkan pihak berkuasa agama semata-mata, sebaliknya semua umat Islam perlu bertanggungjawab.”
Demikian kata Pengerusi Sekretariat Ulama Muda Malaysia Fathul Bari Mat Jahaya mengulas laporan muka depan Harian Metro, Khamis lalu mengenai mualaf dikenali sebagai Nurul, 46, yang hidup serba kekurangan dan menghadapi pelbagai kesukaran mempertahankan akidahnya.

Fathul Bari berkata, setiap individu Islam di negara ini perlu memainkan peranan menjaga kebajikan mualaf dan bantuan yang boleh diberi bukan aspek kewangan saja, sebaliknya aspek kerohanian mereka juga. “Orang selalu bergembira apabila ramai memeluk Islam, tetapi mereka lupa bahawa golongan ini perlu dijaga dari segi kebajikan, tidak hanya membabitkan sudut fizikal dan wang ringgit tetapi kerohanian, kerana mereka baru hendak mendalami Islam,” katanya.

No comments:

Post a Comment