Roona Begum pulang bersama ibu bapanya ke rumah mereka di kawasan terpencil di timur laut India selepas dirawat di hospital selama empat bulan.
Doktor membenarkan Roona pulang apabila mendapati beberapa pembedahan kritikal yang dijalankan sebelum ini membolehkan kesihatannya meningkat baik dengan ketara. Melalui pembedahan itu doktor berjaya membuang cecair yang berkumpul dalam kepala Roona dan mengecilkan saiz tengkoraknya. Roona dilahirkan dengan masalah hydrocephalus yang menyebabkan cecair serebrospinal berkumpul dalam otaknya. Keadaan itu mennyebabkan kepala Roona membesar sehingga 94 sentimeter dan otaknya tertekan, sekali gus menghalangnya bergerak aktif seperti kanak-kanak biasa.
Kepala Roona mengecil menjadi 58 sentimeter selepas pembedahan dijalankan di antara April dan Julai lalu. - AFP
No comments:
Post a Comment