Sunday, July 14, 2013

Lagi Angin Kencangt (Ribut/Puting Beliung) Landa PDK Selayang : 3 Lagi Kanopi Rosak




Jam 3:50 petang, 13hb Jun 2013 (Sabtu), PDK Selayang sekali lagi dilanda angin kuat, boleh jadi ribut atau puting beliung, yang menyebabkan 3 set kanopi rosak teruk, dua dari kanopi tersebut adalah sumbangan ALEPS pada awal tahun lepas.

Kejadian ini berlaku 9 hari selepas angin kuat pada hampir waktu yang sama melanda dan mengoyakkan kanvas kanopi pada dua set kanopi yang lain.




Menurut saksi, Puan Daw San San, fisioterapi PDK Selayang yang ada dibahagian belakang PDK (dapur) pada masa tersebut, kejadian berlaku dengan amat pantas.

Beliau nampak awan hitam yang amat rendah disebelah utara barat PDK, beberapa minit kemudian angin kencang mula bertiup, beberapa ketika selepas itu, ujar beliau lagi, tiba-tiba beliau nampak kanopi yang dipasang sejak awal tahun lalu diangkat oleh angin setinggi antara 8-10 kaki keudara (berdasarkan aras yang ditunjukkan oleh beliau) dan seketika kemudian kanopi tersebut jatuh terhempas ketanah.





Beliau yang terkejut terus berlari masuk ke bangunan PDK dan terus menelefon saya pada jam 4:01 petang, dengan menyatakan angin kuat telah merosakkan ketiga-tiga kanopi tersebut.

Saya menelefon Puan Alina Abdul Rahman dengan segera untuk meminta beliau membuat tinjauan ke PDK kerana belia adalah yang paling hampir dan biasanya mudah ke PDK, tetapi menurut beliau hujan turun dengan lebat beserta dengan angin kencang dan beliau tidak boleh ke PDK dengan motorsikal.





Kemudian saya dan Penyelia PDK Selayang pergi ke PDK dalam keadaan cuaca berangin kencang dan hujan renyai-renyai dan menjadi lebat di sepanjang perjalanan dan dalam 300 meter ke hujan telah mula reda dan angin tidak lagi bertiup kencang.

Kami tiba di PDK pada jam 4:41 petang selepas lebi hkurang 35 minit memandu dalam keadaan hujan lebat dan kenderaan yang bergerak agak perlahan dari biasa.





Dan kami dapati ketiga-tiga kanopi tersebut dalam keadaan hampir terbalik dan beberpa kaki kanopi tersebut patah.

Al-Hamdulillah Kanopi tersebut tidak mengenai bangunan PDK tetapi salah sati kaki kanopi tersebut tertusuk ke pintu kabin bilik Terapi ABC PDK.





Sila lihat beberapa foto yang dimuat naik............

Syukur Al-Hamdulillah, ketiga-tiga kanvas kanopi tersebut tidak koyak atau pun berlubang, Satu kekuasaan Allah Yang Maha Besar.









No comments:

Post a Comment