Wednesday, June 5, 2013

Everest cabut nyawa pendaki Malaysia

Putrajaya: “Sama-sama kita doakan kesihatan dan keselamatan peserta XPDC.” Demikian status Facebook (FB) terakhir pasukan pendaki Perbadanan Putrajaya (PPj) yang dikemas kini Sabtu lalu dalam Ekspedisi Kem Induk Everest (EBC) dan Kala Patthar di Banjaran Himalaya, Nepal bermula 27 Mei lalu.
Bagaimanapun, seorang daripada pendaki, Mohammad Shahrulnizam Ahmad Nazari, 25, meninggal dunia kelmarin dipercayai akibat penyakit akut gunung (Acute Mountain Sickness).
Melalui status FB PPj yang memuat naik gambar pemandangan sepanjang ekspedisi itu, peserta juga memberitahu mereka perlu berehat secukupnya sebelum ke Gunung Kala Patthar dan EBC.

“Santapan mata yang pasti memukau kerana puncak gunung tertinggi di dunia berada di depan mata,” katanya.
Foto

Foto
Dalam status FB itu juga mereka memberitahu pada pendakian masuk hari kelima itu mereka dalam perjalanan ke Gorakshep pada ketinggian 5,550m yang mengambil masa lapan jam perjalanan.

No comments:

Post a Comment