Tuesday, April 16, 2013

Panduan Mengisi Borang-Borang Kejohanan Special Olympics Malaysia 2013


Panduan Mengisi Borang-Borang Kejohanan Special Olympics Malaysia 2013:

Borang-borang pendaftaran telahpun dihantar oleh JKM Malaysia kepada semua JKM  Negeri melalui e-mail:

Sebanyak 12 borang telah diemailkann iaitu:

1. Borang (A) Pendaftaran Pegawai dab Jurulatih.
2. Borang (B) Pendaftaran Jurulatih Mengikut Sukan.
3. Borang (C) Pendaftaran Atlet Keseluruhan.
4. Borang (D) PendaftaranAtlet Mengikut Sukan.
5. Borang (E) Pemeriksaan Kesihatan Atlet.
6. Borang (F) Indemniti (Pelepasan Tanggungan).
7. Borang (G1) Divisioning Atletik.
8. Borang (G2) Divisioning Bocce.
9. Borang (G3) Divisioning Bowling.
10. Borang (G4) Divisioning Equestrian.
11. Borang (G5) Divisioning Renang.
12. Borang (G6) Divisioning Soccer (Bolasepak 5 Sebelah.

SILA BERI PERHATIAN:

Borang (A), (B), (C), dan (D) perlu diisi selengkapnya seperti yang diminta oleh borang tersebut.

Borang (E) Pemeriksaan Kesihatan Atlet: Kegagalan melakukan pemeriksaan kesihatan atau kegagalan membawa borang ini semasa pertandingan, AKAN MENYEBABKAN ATLET TIDAK DIBENARKAB BERTANDING. Borang Asal (Original) perlu dibawa semasa pendaftaran.

Borang (F) Indemniti (Pelepasan Tanggungan): Kegagalan membawa atau kegagalan mendapatkan tandatangan (Kebenaran) dari Ibubapa/Penjaga untuk bertanding akan menyebabkan ATLET TIDAK DIBENARKAN SAMA SEKALI BERADA DI PERKAMPUNGAN SUKAN, VENUE PERTANDINGAN DAN KAWASAN PENGINAPAN. Borang Asal (Original) perlu dibawa bersama semasa pendaftaran.

Borang (G1), (G2), (G3), (G5) dan (G6) perlu diisi dengan masa atau jarak atau jumlah mata atau jumlah purata mata seperti yang dikehendaki oleh borang.

Untuk Borang (G3) Divisioning Bowling; purata mata (jatuhan pin) adalah/perlu dikumpul dari 12 permainan; Sila berhubung jika tidak faham cara-caranya.

Untuk Borang (G4) Divisioning Equestrian; Sila berhubung dengan Encik Muthusamy Kandasamy, Penyelaras Equestrian dari RDA (Riding for Disabled Association).

No comments:

Post a Comment