Friday, November 2, 2012

Cara-cara / Prosedur Pendaftaran OKU


Prosedur Pendaftaran OKU

Pengenalan:

Pendaftaran Orang Kurang Upaya (OKU) dibuat secara sukarela di seluruh negara.Agensi yang terlibat dalam pendaftaran adalah Jabatan Kebajikan Masyarakat dan Kementerian Kesihatan Malaysia. Pendaftaran OKU hendaklah dibuat di Pejabat Kebajikan Masyarakat Daerah/ Jajahan / Bahagian.

Borang-Borang Pendaftaran
  • Borang Pendaftaran Kanak-Kanak Kurang Upaya(0-18 Tahun)
  • Borang Pendaftaran Orang Kurang Upaya (18 Tahun ke atas

Contoh Borang Pendaftaran OKU 18 Tahun ke atas
Pemohonan Pendaftaran
  • Melalui surat, email atau datang sendiri ke Pejabat Kebajikan Masyarakat Daerah (PKMD) yang berdekatan dengan tempat tinggal.
  • Pemohon akan diminta mengisi borang permohonan pendaftaran (diisi oleh Pegawai Kebajikan sekiranya pemohon buta huruf) dan membuat pemeriksaan doktor sebagai pengesahan kecacatannya samada di hospital / klinik kerajaan atau hospital / klinik pakar swasta.
  • Menyertakan 3 keping gambar ukuran kad pengenanalan dan 2 salinan Kad Pengenalan atau Sijil Kelahiran
  • Sekiranya OKU yang memohon mempunyai kecacatan yang teruk atau terlantar, dia boleh meminta pertolongan Pegawai Kebajikan Daerah untuk menguruskan pendaftaran.

 Syarat-Syarat Pendaftaran:

  • Warganegara yang bermaustatin di Malaysia
  • Telah disahkan /diperakui oleh Pegawai Perubatan Hospital Kerajaan/Pakar Psikitri atau Pakar Perubatan Swasta

Kod Kategori OKU/ Warna Kad
Kod Jenis Ketidakupayan Warna Kad:


DE Pendengaran Ungu

BL Penglihatan Biru

SD Pertuturan Coklat

PH Fizikal Hijau

LD Masalah Pembelajaran Kuning

ME Mental Putih
  
Contoh kad OKU untuk OKU Penglihatan
Contoh kad OKU untuk OKU Pendengaran
Penukaran Kad:

Penukaran kad OKU boleh dilakukan di mana-mana pejabat Kebajikan Masyarakat Daerah disebabkan:-

  • Kad OKU hilang/rosak
  • Mencapai umur 18 tahun dan
  • Perubahan kategori ketidakupayaan

Piagam Pelanggan:

Pendaftaran dan pengeluaran Kad OKU akan diproses dalam tempoh 14 hari dari tarikh permohonan lengkap diterima                                                                                                                                               

Dokumen Yang Diperlukan:

  1. 2 salinan Sijil Lahir atau My Kad pemohon (Perlu disahkan oleh Pegawai Pendaftaran Negara)
  2. 1 salinan My Kad Ibu Bapa pemohon (Perlu disah oleh Pegawai Pendaftaran Negara)
  3. 3 keping gambar pemohon berukuran Kad Pengenalan
  4. Borang Pendaftaran Kanak-Kanak Kurang Upaya (0-18 Tahun) BPKKKU (Pindaan 1/2009) yang telah lengkap di isi. Borang ineri percuma.
  5. Borang Pendaftaraan Orang Kurang Upaya (18 tahun ke atas) BPOKU (Pindaan 1/2009) yang telah lengkap di isi. Borang ini diberi percuma. 
  6. Siasatan dan tindakan selanjutnya dilakukan oleh Pegawai Kebajikan yang berkenan.

1 comment:

  1. rasanya sekarang hanya satu borang di guna pakai untuk semua kategori umur. boleh rujuk pada laman web JKMM

    ReplyDelete