Pengenalan:
Pendaftaran Orang Kurang Upaya (OKU) dibuat secara sukarela di seluruh negara.Agensi yang terlibat dalam pendaftaran adalah Jabatan Kebajikan Masyarakat dan Kementerian Kesihatan Malaysia. Pendaftaran OKU hendaklah dibuat di Pejabat Kebajikan Masyarakat Daerah/ Jajahan / Bahagian.
Borang-Borang Pendaftaran
- Borang Pendaftaran Kanak-Kanak Kurang Upaya(0-18 Tahun)
- Borang Pendaftaran Orang Kurang Upaya (18 Tahun ke atas
|  | 
| Contoh Borang Pendaftaran OKU 18 Tahun ke atas | 
Pemohonan Pendaftaran
- Melalui surat, email atau datang sendiri ke Pejabat Kebajikan Masyarakat Daerah (PKMD) yang berdekatan dengan tempat tinggal.
- Pemohon akan diminta mengisi borang permohonan pendaftaran (diisi oleh Pegawai Kebajikan sekiranya pemohon buta huruf) dan membuat pemeriksaan doktor sebagai pengesahan kecacatannya samada di hospital / klinik kerajaan atau hospital / klinik pakar swasta.
- Menyertakan 3 keping gambar ukuran kad pengenanalan dan 2 salinan Kad Pengenalan atau Sijil Kelahiran
- Sekiranya OKU yang memohon mempunyai kecacatan yang teruk atau terlantar, dia boleh meminta pertolongan Pegawai Kebajikan Daerah untuk menguruskan pendaftaran.
 Syarat-Syarat Pendaftaran:
- Warganegara yang bermaustatin di Malaysia
- Telah disahkan /diperakui oleh Pegawai Perubatan Hospital Kerajaan/Pakar Psikitri atau Pakar Perubatan Swasta
Kod Kategori OKU/ Warna Kad
Kod Jenis   Ketidakupayan Warna Kad:
DE    Pendengaran   Ungu
BL    Penglihatan   Biru
SD    Pertuturan    Coklat
PH    Fizikal    Hijau
LD    Masalah Pembelajaran  Kuning
ME    Mental    Putih
  
|  | 
| Contoh kad OKU untuk OKU Penglihatan | 
|  | 
| Contoh kad OKU untuk OKU Pendengaran | 
Penukaran Kad:
Penukaran kad OKU boleh dilakukan di mana-mana pejabat Kebajikan Masyarakat Daerah disebabkan:-
- Kad OKU hilang/rosak
- Mencapai umur 18 tahun dan
- Perubahan kategori ketidakupayaan
Piagam Pelanggan:
Pendaftaran dan pengeluaran Kad OKU akan diproses dalam tempoh 14 hari dari tarikh permohonan lengkap diterima                                                                                                                                               
Dokumen Yang Diperlukan:
- 2 salinan Sijil Lahir atau My Kad pemohon (Perlu disahkan oleh Pegawai Pendaftaran Negara)
- 1 salinan My Kad Ibu Bapa pemohon (Perlu disah oleh Pegawai Pendaftaran Negara)
- 3 keping gambar pemohon berukuran Kad Pengenalan
- Borang Pendaftaran Kanak-Kanak Kurang Upaya (0-18 Tahun) BPKKKU (Pindaan 1/2009) yang telah lengkap di isi. Borang ineri percuma.
- Borang Pendaftaraan Orang Kurang Upaya (18 tahun ke atas) BPOKU (Pindaan 1/2009) yang telah lengkap di isi. Borang ini diberi percuma. 
- Siasatan dan tindakan selanjutnya dilakukan oleh Pegawai Kebajikan yang berkenan.