Wednesday, October 31, 2012

Dapatkan Borang BR1M 2.0 disini


Bantuan Rakyat 1Malaysia kali kedua ini juga dikenali sebagai BR1M 2.0.Menariknya kriteria penerima diperluas kepada individu bujang berumur 21 tahun ke atas

Rakyat Malaysia yang berkelayakan seperti syarat permohonan yang dinyatakan dibawah boleh mendaftar



Syarat-syarat:

  1. Warganegara Malaysia;
  2. Berpendapatan kasar RM3,000 sebulan ke bawah;
  3. Warga emas sebatang kara berumur 60 tahun ke atas

Untuk info, penerima sebelum ini tidak perlu lagi mendaftar untuk kali kedua. Mereka telah layak secara automatik

Definasi Isi Rumah

Adalah seorang lelaki atau perempuan yang menjadi ketua kepada ahli keluarga yang tinggal serumah atau ketua keluarga contohnya
  1. Berkahwin
  2. Ibu atau Bapa tunggal yang mempunyai tanggungan; 
  3. Bujang (Janda,Duda) yang mempunyai tanggungan; 
  4. dan warga emas  (sebatang kara)

BR1M 4 borang br1m 2.0 : pemohon baru
BR1M 3 borang br1m 2.0 : pemohon baru

Individu (Bujang) berumur 21 tahun keatas berpendapatan RM2000 ke bawah layak menerima bantuan RM250

Individu Bujang

  1. Balu;
  2. Janda;
  3. Duda.
Syarat-Syarat:

  1. Berumur 21 tahun ke atas;
  2. Berpendapatan RM2,000.00 ke bawah;
  3. Tidak mempunyai tanggungan;
  4. Bukan pelajar IPT







Pemohon baru yang memenuhi  kriteria yang seperti telah dinyatakan boleh mendaftar mengisi borang bersertakan antaranya:

  1. Salinan kad pengenalan;
  2. Penyata/slip gaji terkini bagi pemohon yang menerima gaji;
Borang boleh di dapati secara percuma menerusi;

  1. Pejabat Cawangan dan Pusat Khidmat Lembaga Hasil Dalam Negeri
  2. Pejabat Daerah dan Pejabat Lembaga Hasil Dalam Negeri di seluruh negara
  3. Jabatan Pembangunan Persekutuan
  4. Jabatan Kebajikan Masyarakat
  5. Jabatan Penerangan serta agensi kerajaan
  6. Online di laman sesawang www.hasil.gov.my
Pemohon baru yang ingin mendapatkan borang tersebut secara online boleh muat-turun (Download) dalam ruangan ini jika borang BR1M sudah diedarkan nanti


Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) 2.0 boleh dilakukan secara online di laman web Kementerian Kewangan http://www.treasury.gov.my atau  www.hasil.gov.my

Ataupun melalui borang mulai 1 November 2012 dan bayaran BR1M 2.0 dijangka diagihkan pada awal tahun 2013

Penerima BR1M sebelum ini perlu mendaftar semula jikalau bertukar alamat atau kematian ketua isi rumah untuk membolehkan mereka menerima bantuan


No comments:

Post a Comment