Wednesday, August 15, 2012

Ular Sawa Burma terbesar di Florida ditangkap


Ular terbesar Florida ditangkap


GAMBAR bertarikh 10 Ogos lalu menunjukkan perut ular sawa terbesar di negeri Florida diperiksa oleh beberapa penyelidik Muzium Sejarah Semula Jadi di Universiti Florida.


WEST PALM BEACH, Florida - Seekor ular sawa Burma sepanjang 5.18 meter dengan berat 74.4 kilogram ditemui di Taman Negara Everglades, kata pihak Universiti Florida kelmarin.
Ular tersebut adalah ular sawa Burma terbesar pernah ditangkap di negeri Florida, Amerika Syarikat.
Haiwan berkenaan bunting dengan 87 biji telur yang merupakan satu lagi rekod di negeri berkenaan.
Mengulas tentang penemuan tersebut, beberapa saintis berkata, ukuran ular tersebut menunjukkan spesies yang berasal dari Asia Tenggara itu dapat membiak dengan banyaknya di rantau Florida Selatan.
"Ini bermakna ular ini dapat hidup untuk satu tempoh yang lama di hutan," kata pakar ular Muzium Sejarah Semula Jadi Florida, Kenneth Krysko.
TELUR ular sawa bunting itu.


Haiwan tersebut yang telah dibunuh kini disimpan di muzium berkenaan.
"Tiada apa yang dapat menghentikan ular ini daripada mengancam hidupan liar tempatan," tambahnya.
Terdapat sejumlah bulu binatang ditemui di dalam perut ular sawa itu.
Beberapa saintis kini menggunakan sampel tersebut untuk mengenal pasti jenis hidupan liar yang dibaham reptilia itu.
"Seekor ular sepanjang 5.18 meter boleh memakan apa sahaja," ujar Krysko.
Puluhan ribu ular sawa Burma dipercayai hidup di taman negara berkenaan dengan spesies tersebut membiak dengan cepat dalam iklim panas lembap.

No comments:

Post a Comment