Syarikat Perumahan Negara Berhad (SPNB) telah bermurah hati menjemput seramai 5 orang Pelatih PDK Selayang dan 5 orang Ibu Tunggal dari Unit Asnaf Program Pembangunan Komuniti PDK Selayang ke Iftar Ramadhan pada 25 Ramadhan 1433H / 14hb Ogos 2012.
SPNB telah sudi menyumbangkan bantuan tunai kepada PDK Selayang sebanyak RM500.00 dan juga setiap Pelatih PDK dan Ibu Tunggal mendapat duit raya sebanyak RM100.00 setiap orang.
Jawatankuasa dan Warga PDK Selayang mengucapkan ribuan teima kasih kepada pengurusan SPNB dan berharap kerjasama ini akan berterusan di masa-masa akan datang.
No comments:
Post a Comment