PDK Selayang dengan kerjasama dari 3 orang penuntut Diploma Jurupulih Carakerja Kolej Sains Kesihatan Bersekutu kampus Sungai Buloh telah mengadakan program Riadah dan Sukaneka pada 22hb mac 2012 (Khamis) di Pantai Bagan Lalang, Sepang.
 |
Sejurus tiba, sedang siapkan 'port' |
 |
Minum dulu |
Rombongan mereka terdiri dari seramai 14 orang remaja kurang upaya dan 5 orang kanak-kanak kurang upaya yang merupakan pelatih PDK Selayang, 6 guru pengiring, 6 parents, 3 orang kakak kepada OKU tersebut, 3 Pelajar OT tersebut dan dan dibantu 5 pelajar Diploma Fisioterapi dari Kolej Winfield.
 |
Persiapan gelanggang sukaneka |
 |
Ambil air untuk sukaneka acara ke:2 |
Mereka berkumpul seawal jam 6:15 pagi di PDK dan ada sebahagian dari mereka menginap di PDK. Bergerak pada jam 7:00 pagi dari perkarngan PDK Selayang dan tiba pada jam 9:00 pagi di pantai Bagan Lalang
 |
Grouping |
 |
Pegawai teknikal sudah ready! |
Acara bermula dengan minum pagi, selepas itu sebanyak 3 acara sukaneka diadakan.
 |
Acara 1; lari kaki tiga |
 |
Lari, lari, lari |
 |
Cehh! ni siapa bawa siapa nih........ |
 |
Lagi satu round |
Sedang acara sukaneka berlangsung, mereka telah dilawati oleh rombongan dari PDK Bukit Bangkong, Sepang, selepas mereka balik dari membuat 'medical check-up' di klinik kesihatan Bandar Sepang.
 |
Acara 2: Isi air dalam botol guna tuala |
 |
iyah, iyah, iyah..... perahhhhhhh! |
 |
Arghhhh! kenapa bawa tuala kering, mana ada airrrrrrrrrr...... |
 |
Nih air ke yang banyak, peluh yang banyakkk |
Selepas makan tengahari dan bersolat acara permainan 'galah panjang' pula diadakan.
 |
Pelawat dari PDK Bukit Bagong |
Diikuti dengan permainan bola sepak, sebelum mereka dapat mandi laut pada jam 3:45 petang apabila air laut mulai pasang.
 |
Sedang bina istana pasir |
 |
Gotong-royong |
Sebelum itu selepas sukaneka tamat, mereka mengadakan pertandingan membina istana pasir, mereka telah dibahagikan kepada 4 kumpulan dan membina istana pasir mengikut
 |
Dah siap........ |
 |
Cammana, boleh ghoboh ni! |
 |
dah puas hati keeee! |
 |
huh! penat nyeh......... |
 |
Huh! |
 |
Hah! |
 |
Hoh! |
 |
Lepas menyepahkan, kenalah pungut sampah pula. |
 |
Haaaa1 cenggitu leee........ |
 |
Hoittt, tuh kawasan orang leeee..... |
 |
haaaaaa! dapat gak berendam, lambat sangat air nih pasang |
 |
janji rase air.....laut |
 |
Sebelum balik, kucing tuh pun joint sama |
 |
nak balik dah.... |
Rombongan tersebut bergerak balik ke Selayang pada jam 5:45 petang dan tiba di destinasi pada jam 7:20 petang.
No comments:
Post a Comment