Sunday, April 1, 2012

Haram cukur kening

SOALAN:

TIDAK mensyukuri kejadian seperti perbuatan mencukur kening tanpa sebab ibarat mengubah ciptaan Allah dan atas sebab itu hukumnya haram.

SAYA pernah mendengar seorang ustaz memberitahu mencukur kening itu adalah haram.

Namun begitu, ramai yang mencukur kening dengan alasan untuk mengemaskan kening supaya kelihatan cantik. Apakah hukum Islam terhadap mereka yang mencukur kening ini?


JAWAPAN:

Hukum mencukur kening adalah haram kerana ia dikira mengubah ciptaan Allah.

Namun jika kening tumbuh dengan lebat lebih daripada kebiasaan hingga menimbulkan ketidakselesaan pada diri dan orang lain, maka hukumnya harus untuk mengemaskan kening sahaja dan bukan mencukur kesemuanya.

Jika dicukur kesemuanya kemudian dilukis pula kening maka perbuatan itu salah dan berdosa kerana seolah-olah ciptaan Allah itu tidak sempurna sehingga kita merasakan ciptaan kita lebih sempurna daripada ciptaan-Nya.

Moga kita dipelihara daripada hal yang sedemikian. Firman Allah dalam surah Al-Mulk ayat 14 yang bermaksud: 'Tidakkah Allah yang menciptakan sekalian makhluk itu mengetahui? Sedang ia amat halus urusan tadbir-Nya, lagi amat mendalam pengetahuan-Nya! Maha Mengetahui dengan segala ciptaan.'

No comments:

Post a Comment