Saturday, February 4, 2012

PDK Selayang : Program Pemeriksaan dan Pengesanan Barah Payudara Percuma di PDK Selayang

Banner program

PDK Selayang dengan kerjasama dari Breast Cancer Welfare Association (BCWA) telah mengadakan "Program Pemeriksaan Barah Payudara" di PDK Selayang pada 2hb Februari 2012 (Khamis) mulai jam 10:00 pagi hingga 2:00 petang.

Sedang mengikuti ceramah pendidikan dan kesedaran
Program tersebut adalah untuk semua wanita (Ibu Tunggal/Tinggal, wanita dari keluarga miskin) penerima program MyKasih, Penyelia dan Petugas-Petugas PDK, OKU (pelatih PDK) dan Jawatankuasa PDK, termasuk ahli-ahli keluarga mereka yang di atas.

Puan Manjit Kaur sedang memberi ceramah
Pemeriksaan dan Pengesanan tersebut diadakan secara percuma kepada wanita berusia 25 tahun ke atas.

Tekun
Seramai 28 orang peserta telah menyertai program tersebut yang meliputi:

  • Ceramah Kesedaran mengenai barah payudara;
  • Pendidikan dan latihan pemeriksaan payudara sendiri; dan
  • Pemeriksaan dan Pengesanan.
1 dari 28 wanita Melayu tampil membuat pemeriksaan
Dari 28 peserta tersebut seorang telah dikesan mempunyai tanda-tanda barah payudara dan telah dirujukan ke Hospital Selayang.

Tahap 4, sebesar buah manggis/limau nipis, 50% pesakit hidup lebih dari
5 tahun selepas rawatan/pembedahan
BCWA yang diterajui Cik Ranjit Kaur, seorang aktivis kebajikan yang tidak asing lagi, telah menghantar seramai 4 orang anggota ke PDK Selayang yang diketuai oleh Puan Manjit Kaur bersama seorang kakitangan terlatih dan 2 orang bekas pesakit barah payudara.

Model sintetik payudara untuk latihan pemeriksaan diri sendiri
Menurut Puan Manjit Kaur, hanya 1 dalam setiap 28 wanita Melayu yang tampil membuat pemeriksaan dan pengesanan barah payudara, yang mana angka ini menunjukan ramai wanita Melayu berjumpa dengan bomoh atau mengikuti rawatan tradisional.

Puan Manjit Kaur sedang menunjukan cara memeriksa payudara sendiri

Manakala 1 orang setiap 16 wanita keturunan China tampil membuat pemeriksaan dan seorang setiap 17 orang wanita India berbuat demikian. Ini bermakna hanya 1 dalam 21 wanita di negara ini berbuat demikian.
Cuba 'periksa sendiri' oleh Puan Siti Hajar Abdul Ghani, dan Puan Manjit Kaur
sedang menjawab pertanyaan dari Puan Alina Abdul Rahman

Munurut Puan Manjit Kaur lagi, terdapat 4 tahap penyakit barah payudara, dari tahap satu ke tahap empat yang sudah dianggap kronik.

Dua wanita jiran PDK Selayang juga turut hadir (tengah dan baju belang)
Saiz/tahap barah yang dikesan adalah:

  1. Tahap 1-Saiz sebesar kacang hijau hanya boleh dikesan melalui mamogram;
  2. Tahap 2-Saiz sebesar kacang juga hanya boleh dikesan melalui mamogram;
  3. Tahap 3-Saiz sebesar limau kasturi (1.5cm-2.0cm) boleh dikesan melalui pemeriksaan fizikal; dan
  4. Tahap 4-Saiz sebesar buah manggis atau limau nipis (4.0cm-5.0cm) boleh dikesan melalui benjolan dan kesan fizikal yang nyata.
Apa yang dikesalkan oleh pehak PDK Selayang, ialah kurangnya kesedaran terutamanya dikalangan penerima bantuan MyKasih untuk hadir membuat pemeriksaan tersebut, walaupun disediakan secara PERCUMA dan telah dibawa sehampir mungkin dengan mereka.

Dua lagi jiran PDK sedang mengisi borang biodata untuk pemeriksaan
Apa yang perlu ialah mereka mengambil cuti sehari untuk membuat pemeriksaan, mungkin mereka memikirkan jika bercuti akan RUGI satu hari gaji.

Sedang tekun dan teliti mengisi borang pemeriksaan

Walhal jika mereka ingin membuat pemeriksaan di Klinik atau Hospital mereka perlu membayar antara RM60.00 - RM400.00, tidak termasuk kos pengangkutan dan cuti juga perlu diambil sebanyak 2 hari (pemeriksaan dan keputusan beberapa hari/minggu kemudian).

Walaubagaimanapun, Jawatankuasa PDK Selayang telah melihat kepentingan program ini dan akan mengadakannya lagi bersama-sama dengan BCWA, Insya-Allah.

No comments:

Post a Comment