Sunday, January 1, 2012

PDK Selayang : Sambut Tahun Baru 2012 bersama Timbalan Perdana Menteri


Kain Latar Majlis
PPP (Parti Progresive Penduduk) telah menjemput seramai 45 orang kanak-kanak dari PDK Selayang yang terdiri dari seramai:


  1. 15 orang Pelatih OKU PDK Selayang;
  2. 15 orang Anak Yatim dan Yatim Piatu; dan
  3. 15 orang Kanak-Kanak Kurang Bernasib Baik.
untuk menyertai Majlis Sambutan Tahun Baru 2012 pada:
  • 1hb Januari 2012 (Ahad).
  • 11:00 am - 2:00 pm.
  • Dewan Merdeka PWTC (Pusat Dagangan Dunia Putra), Kuala Lumpur.


Mereka tiba di PWTC pada jam 10:40 pagi dan terus dijemput masuk oleh usherer penganjur yang sedia menunggu serta dibawa ke meja khas yang telah disediakan.

Kanak-kanak dari PDK Selayang dimeja masing-masing
Sebelum itu, mereka berkumpul seawal 9:10 pagi di stesen komuter Batu Caves, setelah semuanya berkumpul mereka menaikki komuter serentak pada jam 10:05 pagi menuju ke stesen komuter Putra berhampiran PWTC.

Sedang menikmati juadah hidangan
Mereka sepatutnya menaiki sebuah bas yang disewa, tetapi operator bas tersebut tidak dapat menyediakan bas kerana terpaksa membantu sebuah bas lagi yang disewakan kepada rombongan perkahwinan ke Kuala Terengganu yang telah rosak berhampiran Kemaman.




Mereka tiba di stesen tersebut pada jam 10:23 pagi. Bersama mereka termasuk seorang OKU berkerusi roda.

Stesen komuter Putra tidak mempunyai lift untuk kegunaan OKU berkerusi roda, tetapi ianya bukanlah penghalang untuk membawa OKU berkerusi roda menggunakan komuter.

Dengan kerjasama dari seorang penumpang lelaki (warganegara Indonesia) membawa OKU berkerusi roda tersebut mudah dibawa ke sebelah pintu kaunter menaiki tangga untuk keluar ke PWTC.

Acara persembahan pentas dimulakan seawal jam 11:00 pagi sehingga ketibaan YAB Timbalan Perdana Menteri pada jam 11:30 pagi

Sekaligus jamuan makan dimulakan, pelbagai jenis masakan dihidangkan untuk lebih dari 8,000 tetamu yang hadir silih berganti.
Antara juadah yang dihidangkan

Selain dari PDK Selayang, sebanyak 12 buah pertubuhan lagi dijemput untuk diraikan dalam majlis yang meriah lagi ceria itu.

Selain dari Tan Sri Muhyiddin Yassin dan Dato' M. Kayveas, Datuk Seri Dr Rais Yatim, Tan Sri Abu Zahar Ujang, Dato' Donald Lim Siang Chai dan Dato' Maglin Dennis D'Cruz juga hadir bersama-sama pasangan masing-masing.
Acara memotong kek
Majlis diteruskan dengan pelbagai persembahan pentas yang diserikan oleh artis-artis Aswara dan beberapa kumpulan lain sehingga jam 1:30 petang.

Sebelum majlis berakhir, penganjur telah menyampaikan sumbangan berupa barangan keperluan dapur kepada rumah-rumah kebajikan yang dijemput.

Dato' M. Kayveas dan Dato' Maglin bergambar bersama-sama wakil dari
rumah-rumah kebajikan yang dijemput. Puan Alina Abdul Rahman (berbaju
dan bertudung coklat) dan Puan Azizah Mohd Yunus (berbaju dan bertudung
putih) mewakili PDK Selayang untuk menerima sumbangan

Dato' M. Kayveas sedang menyampaikan kontena plastik berisi barangan
dapur kepada wakil dari PDK Selayang Puan Alina sementara Dato' Maglin
menyampaikan sumbangan tersebut kepada puan Azizah.

Akhir sekali, penganjur menyampaikan goodies bag kepada semua kanak-kanak termasuk kanak-kanak dari PDK Selayang.



Datin Blanche, isteri kepada Dato' M. Kayveas sedang menyampaikan
goodies bag kepada kanak-kanak dari PDK Selayang

Semua kanak-kanak dari PDK Selayang beserta 8 orang pengiring yang terdiri dari 4 Petugas PDK Selayang dan seorang sukarelawati bergerak meninggalkan Dewan Merdeka PWTC pada jam 2:40 petang ke stesen komuter Putra untuk pulang ke Batu Caves.

Tahniah diucapkan kepada Dato' M. Kayveas yang berjaya mengadakan majlis yang meriah dan ceria, dan juga terima kasih kepada Kak Mala, Setiausaha Kerja PPP yang sentiasa mengingati kanak-kanak dari PDK Selayang.

"Selamat Tahun baru 2012"

No comments:

Post a Comment