SINGAPURA: Warga asing yang menetap di Jepun terpaksa mengeluarkan belanja paling tinggi berbanding bandar raya lain di Asia, ekoran kenaikan ketara mata wang yen.
Kaji selidik terbaru ECA International menunjukkan, bandar raya Jepun menguasai empat kedudukan tertinggi sebagai lokasi paling mahal di Asia, membabitkan Tokyo, Nagoya, Yokohama dan Kobe.
Firma itu semalam menyatakan, Tokyo turut berada di kedudukan teratas dalam senarai lokasi paling mahal di dunia untuk warga asing.
Kajian dijalankan pada September lalu.
Yen meningkat kira-kira 20 peratus berbanding dolar dalam tempoh 12 bulan lalu dan warga asing yang dibayar gaji dalam mata wang Amerika Syarikat itu mengalami kesan ketara.
Pengarah serantau ECA International, Lee Quane, berkata keadaan itu bukan disebabkan harga barangan di Jepun meningkat.
“Harga di pasaran Jepun masih terkawal,” katanya. Menurut Quane, walaupun Jepun dilanda tsunami dan memberi impak kepada rangkaian bekalan barangan keperluan, kesannya terhadap harga barangan harian di pasar raya kecil.
“Pekerja warga asing yang dibayar gaji dengan yen tidak begitu terasa berbanding mereka yang menerima dolar,” katanya.

No comments:
Post a Comment