Sunday, November 20, 2011

Sukan SEA 2011 : Indonesia GAGAL : Semangat setiakawan tak wujud

YA ampun ibu-ibu bapak-bapak, andai kolum terakhir saya mengundang rasa kurang senang mana-mana pihak.

Sebagai wartawan, penulis merasakan semangat kesukanan yang pada awalnya menjadi kunci temasya Sukan Sea tidak lagi menonjol pada temasya ke-26 kali ini.

Moto penganjur Indonesia ‘United & Rising’ atau Bersatu & Bangkit pada temasya kali ini nampaknya bukan untuk semangat serantau sebaliknya hanya menyeru kesatuan warga Indonesia semata-mata.

Semangat kesukanan yang seharusnya diterapkan dalam mana-mana temasya sukan langsung tidak kelihatan terutamanya dalam sukan-sukan subjektif, tuan rumah pantas meraih kelebihan besar.

Pengalaman penulis di arena akuatik ketika acara terjun dilangsungkan. Penerjun negara tuan rumah memperoleh markah istimewa berbanding peserta negara lain demi memastikan tuan rumah memperoleh pingat, cuma nasib menyebelahi penerjun Malaysia yang sudah mempunyai nama besar di pentas dunia, juri tidak mampu menafikannya.

Tiada lagi semangat kesukanan yang menjadi tunjang sebaliknya penganjur akan memastikan tuan rumah memungut emas sebanyak mungkin untuk muncul juara sekali gus menimbulkan persoalan adakah temasya ini masih relevan untuk memastikan sukan di rantau Asia Tenggara maju menyaingi rantau lain?

No comments:

Post a Comment