Thursday, November 3, 2011

Produk keluara PDK akan diedarkan JKM

BESUT: Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) Terengganu akan membantu memasarkan produk dihasilkan oleh pelajar Pusat Pemulihan Dalam Komuniti (PDK) di seluruh negeri.

Pengarah JKM Terengganu Zuhami Omar berkata tinjauan pihaknya mendapati pelbagai produk berjaya dihasilkan oleh PDK yang berkualiti dan mampu dipasarkan untuk kegunaan orang ramai.
Katanya, beliau tertarik dengan usaha PDK Bandar Jerteh yang berjaya menghasilkan produk sabun untuk kegunaan pelajarnya membasuh tangan yang kini digunakan secara meluas dan boleh dipasarkan kepada umum.

"Sabun yang dibuat sendiri oleh pengurusan dan pelajar PDK Bandar Jerteh itu berkualiti dan JKM akan membantu memasarkannya untuk kegunaan dalam negeri," katanya kepada pemberita selepas merasmikan Pusat PDK Bandar Jerteh di sini semalam.
Beliau berkata sabun untuk kegunaan membasuh tangan itu akan diedarkan ke setiap PDK seluruh negeri di samping pejabat agensi-agensi JKM serta kegunaan di pusat-pusat pemindahan mangsa banjir untuk kegunaan seharian dalam masa yang terdekat.

Selain itu, beliau berkata produk lain yang berjaya dihasil PDK seperti makan sampingan dadih dengan pelbagai rasa, produk kraftangan seperti anyaman dan jahitan, akan turut dipasarkan dan dipamerkan di peringkat kebangsaan

No comments:

Post a Comment