Tuesday, November 1, 2011

Najib ke Tanah Suci Mekah tunai haji



NAJIB dan isteri, Rosmah melambai ke arah orang ramai di Kompleks Bunga Raya,
 Sepang semalam sebelum berlepas ke Mekah untuk menunaikan haji.


p/s : Selepas ini mereka akan YAB Haji dan Hajjah, kemudian rakyat nak melihat dan menjadi makmum  pula kepada YAB Dato' sebagai Imam, samada di Seri Perdana atau masjid-masjid...............

SEPANG - Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak dan isteri, Datin Rosmah Mansor berlepas ke Arab Saudi semalam bagi menunaikan ibadah haji.

Mereka turut diiringi bonda Najib, Tun Rahah Mohamad Noah dan adik Najib, Datuk Mohamed Nazim serta Menteri Besar Perak, Datuk Seri Dr. Zambry Abdul Kadir.

Mereka berlepas ke Madinah dari Kompleks Bunga Raya, Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) di sini pada kira-kira pukul 5 petang.

Sementara itu, Najib dalam Twitternya sebelum berlepas ke Arab Saudi berkata: "Saya akan menunaikan fardhu haji sebentar lagi. Terima kasih di atas doa anda semua."

Sementara itu, Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin dan isteri, Puan Sri Norainee Abdul Rahman serta beberapa menteri Kabinet adalah antara orang kenamaan yang berada di lapangan terbang mengucapkan selamat jalan kepada Perdana Menteri dan isteri.

No comments:

Post a Comment