Friday, November 4, 2011

Kerani miskin menang RM3.07 juta selepas jawab soalan sejarah

p/s 1 : Walaupun iamiskin dan bertaraf kerani rendah, tetapi ia mengingati sejarah negaranya, menjadikannya pemenang, kalau nak dibandingkan dengan seorang profesor yang buta sejarah negaranya, lupa asal-usulnya dan hilang adat resamnya serta tidak menghormati pemimpinnya sendiri.

p/s 2 : kita mungkin ada pepatah baru untuk mereka ini 'GURU KENCING SAMBIL BERDIRI, MURID KENCING SAMBIL BERLARI, PROFESOR KENCING SAMBIL MINUM (hopefully kencingnya sendiri) he he heeeeeeee.....



REAKSI muka Sushil Kumar selepas dia memenangi AS$1 juta (RM3.07 juta) dalam musim
kelima kuiz Who Wants to be a Millionaire? versi India di Mumbai pada 25 Oktober lalu.


NEW DELHI, India - Soalan yang menyebabkan seorang kerani miskin dari timur India, Sushil Kumar menang AS$1 juta (RM3.07 juta) dalam program kuiz televisyen popular Who Wants to Be a Millionaire? versi India musim kelima akhirnya didedahkan.

Soalan itu ialah: "Kuasa penjajahan yang manakah menamatkan penglibatannya di India dengan menjual haknya ke atas Kepulauan Nicobar kepada Britain pada 16 Oktober 1868?"

Jawapannya ialah Denmark.

Soalan itu dikemukakan oleh hos, Amitabh Bachchan yang juga seorang pelakon legenda Bollywood.
Pada minggu lalu, Kumar diumumkan sebagai pemenang.

Bagaimanapun, penerbit tidak mendedahkan soalan yang membawa kemenangannya itu sebelum rakaman program berkenaan disiarkan kelmarin.

Kejayaan pemuda berusia 27 tahun yang berasal dari pedalaman negeri Bihar, timur India itu mirip plot filem popular 2008, Slumdog Millionaire yang pernah memenangi beberapa anugerah Oscar.

Filem arahan Danny Boyle itu mengisahkan seorang remaja miskin yang menjadi kaya selepas dia berjaya menjawab semua soalan kuiz Who Wants To Be A Millionaire? seperti yang berlaku kepada Sushil.

No comments:

Post a Comment