Wednesday, October 26, 2011

Portugal : Ribut rosakkan bumbung Lapangan Terbang Faro

BEBERAPA pekerja berjalan dekat bumbung Lapangan Terbang Faro
di Portugal yang hampir runtuh kelmarin.
LISBON - Pihak berkuasa menyatakan ribut merosakkan sebahagian bumbung Lapangan Terbang Faro di rantau Algarve, selatan Portugal.

Sebanyak lima orang cedera dalam kejadian tersebut manakala beberapa penerbangan turut terjejas kelmarin.

Beberapa panel bumbung di terminal berlepas di lapangan terbang itu rosak apabila ribut kencang melanda sekitar pukul 5 pagi waktu Portugal.

Beratus-ratus penumpang terkandas di lapangan terbang itu dengan pihak berkuasa terpaksa membatalkan atau menangguhkan penerbangan keluar selain melencongkan beberapa pendaratan pesawat.

Media tempatan menyatakan kerosakan di lapangan terbang berkenaan memaksa beberapa kafe dan restoran ditutup dengan menyebabkan sejumlah penumpang tidak dapat membeli makanan dan minuman.

Rantau Algarve merupakan destinasi percutian utama di Portugal dan antara lokasi percutian paling popular di Eropah.

Lapangan Terbang Faro mengendalikan lebih 4 juta penumpang setahun

No comments:

Post a Comment