Friday, October 7, 2011

PDK Selayang : Lawatan ke Kuala Gandah, Pahang.

PDK Selayang dengan kerjasama dari 12 orang penuntut tahun empat Institut Pendidikan Guru Kampus Ilmu Khas, Cheras, yang sedang mengadakan Projek Praktikal mereka yang berjudul 'Jalinan Kasih di Teratak' (JAKET), telah mengadakan lawatan ke Pusat Pemulihan Gajah (Elephant Orphanage Conservation Sanctuary) di Kuala Gandah, Lanchang, Pahang.

Bas IPG-IK yang membawa rombongan kami

Menunggu proses pendaftaran selesai
Mereka juga seterusnya melawat Ladang Rusa (Deer Land) yang hanya 10 minit menaikki bas dari Pusat Pemulihan Gajah tersebut.
Mula bergerak ke tempat 'aksi bersama gajah'

Melintasi pejabat perhilitan.

Seramai 19 orang pelatih OKU PDK Selayang (11 remaja dan 8 kanak-kanak) telah berpeluang mengikuti lawatan tersebut.
Perjalanan ke tempat Aksi Bersama Gajah

4 ekor gajah yang akan beraksi

Lawatan tersebut bertujuan untuk memperkenalkan spesis hidupan liar yang terdapat di negara ini dan juga spesis yang hampir pupus oleh sebab fenomena alam atau perbuatan keji manusia.
Bergambar kenangan

Bermesra dengan salah seekor gajah sambil memberi makan

Tujuan lain juga ialah untuk membuka minda Pelatih OKU tersebut mengenali alam, hutan, flora dan fauna semasa mereka di sana.
Azzharol Azri Roslan (tengah) diiringi oleh pelajar IPG

Siti Hajar Masrom (tengah) bersama Puan Siti Khalimah (Petugas PDK)

Kos lawatan tersebut adalah ditanggung sepenuhnya oleh Jawatankuasa JAKET tersebut yang telah berusaha mengumpul dana untuk projek yang mereka akan lakukan sepanjang masa praktikal mereka di PDK Selayang.
Farhana dan emaknya (Puan Alina)

Aminuddin dan Petugas PDK Azizah


Mereka mendapat kerjasama dari unit pengangkutan institut mereka , dengan menyediakan sebuah sebagai pengangkutan ke venue lawatan tersebut.
Afrina dan emaknya


Beratur menunggu giliran untuk menunggang gajah

Selain dari 19 Pelatih OKU PDK dan 12 orang penuntut tersebut, rombongan mereka turut dibantu oleh seramai 4 orang Petugas PDK, 4 orang ibu kepada OKU tersebut dan 3 orang penuntut jurusan Pemulihan Carakerja dari Kolej Sains Kesihatan Bersekutu (KSKB) Sungai Buloh.
Lim Wei Hou (tengah) dan Pelajar dari KSKB


Amirrah dan pelajar dari IPG-IK

Mereka bergerak pada jam 8:15 pagi dari perkarangan PDK Selayang menuju ke Lanchang dan tiba di destinasi pada jam 10:15 pagi.
Ahmad Safwan dan pengiringnya, pelajar dari IPG-IK


Hafiz dan emaknya

Setiba mereka di perkarangan bangunan utama pusat konsevasi tersebut, mereka disambut oleh 4 orang kakitangan pusat tersebut yang amat ramah.
Nur Sakinah dan kakaknya (pelajar dari IPG-IK)


Aziera dan emaknya

Selepas menyerahkan nama-nama anggota rombongan (sebagai proses pendaftaran) mereka dibawa ke tempat 'Aksi Bersama Gajah' dengan berjalan kaki selama lebih kurang 10 minit.

Beh Hong Wei (tengah) pelajar dari IPG-IK


Zikri (tengah) dan pellajar dari KSKB
Kebiasaannya, Aksi Bersama Gajah hanya diadakan pada jam 2:30 petang sahaja setiap hari, tetapi Pehak Pusat Konsevasi tersebut telah mengadakan satu acara khas untuk rombongan dari PDK Selayang, sebuah sekolah rendah dari Temerloh dan BAKAT (Badan Amal Angkatan Tentera) dari Sarawak.
Hamzah (tengah) dan pelajar dari IPG-IK


Ahmad Fadil (tengah) dan pemandu bas IPG-IK

Aksi gajah bermula tepat jam 10:45 pagi (lewat 15 minit dari yang dirancang-kerana menunggu team BAKAT) dengan memperkenalkan 4 ekor gajah yang akan membawa peserta yang ingin menunggang gajah.
Menonton gajah mandi


Nur Sakinah menunggang gajah dalam Sungai Teris

Selepas itu, mereka berpeluang untuk bermesra bersama-sama gajah-gajah tersebut dengan memberi mereka makanan yang telah disediakan seperti pisang dan tebu.
Ruzihani


Hamzah (dalam sungai bersama pelajar IPG-IK baju kuning) takut
untuk mandi bersama gajah

Kemudian mereka diberi pula peluang untuk menunggang gajah tersebut dalam satu trek berbentuk bulat sepanjang lebih kurang 50-60 meter yang mengambil masa hanya 2-3 minit.
Telatah Hafiz dan Aminuddin yang takut untuk mandi bersama gajah

Aminuddin, akhirnya...............


Acara terakhir aksi bersama gajah tersebut ialah mandi bersama gajah di dalam Sungai Teris bagi mereka yang ingin merasa suasana tersebut.
Hafiz, cuma berendam..............

Azharol Azri

Selepas berakhir acara Aksi Bersama Gajah, mereka dibawa pula ke bangunan utama pusat tersebut untuk menonton tayangan video yang berkisar cerita gajah selama lebih kurang 25 minit.
Zikri

Bermesra bersama Sanom, ank gajah berusia 7 tahun yng tiada ekor, akibat
diserang harimau di hutan Perak, diselamatkan oleh sekumpulan orang asli.

Tepat jam 1:00 tengahari, mereka dibawa untuk menikmati makan tengahari dengan gulai ayam masak merah, sambal belacan dan kubis masak lemak, dihidangkan bersama ais sirap manis buah yang pasti menyejukkan dan menghilangkan dahaga setiap anggota rombongan.
Nih gambau cikgu yang kemaghuk nak begambau ngan gajah..... he he he

sebelum berpisah dengan Sanom

Rombongan juga bersolat Dzuhor di surau bersebelahan tempat jamuan makan tengahari tersebut.


Nah!..... acara exercise tengkuk dan leher

Amboiiii! sedap kakcik masak! nak lagihhhh!.......


Jam 2:20 petang, rombongan mula bergerak meninggalkan pusat konsevasi gajah tersebut selepas menyerahkan satu hamper cenderahati dan bendera cenderahati kepada wakil pusat tersebut.
Hehehe! biasale, di penghujung program

Saya memberi, awok merase.................
TK X SEJUTA, TQ , TO CHE, NANDRI, SI SIEH, GRACIAS, SALAMAD PO,
SAWADI-KAP (MU OGHE JATE, KALU TINO KECEK - SAWADI-KRAP),
SHUKRAN, GRACIE, KHAY SZU-BEH,
RRRRRRRZZKH! yang tuh sanom kata, SAMA-SAMA, he he he
dia sambung : KRRRRRUHRRRRRRKZH (nanti datang lagih, bawak tebu
dengan pisang banyak-banyak, kalau tak hukum pancut ngan air Sungai Teris)

bersambung.......................ke: Lawatan ke Deerland

No comments:

Post a Comment