Saturday, October 29, 2011

Kesihatan : Terapi selaman rawat bayi

Pasangan ibu dan anak menghadiri sesi terapi selaman di kolam Yayasan Gezenguz, Budapest.

BUDAPEST - Sebuah yayasan amal di Hungary menyediakan sesi terapi saraf di dalam air untuk merawat bayi dan kanak-kanak.

Terletak di ibu kota Hungary, terapi tersebut diperkenalkan kepada umum oleh Yayasan Gezenguz.

Kaedah rawatan unik di dalam kolam khas itu didapati berkesan untuk merawat bayi yang mengalami kecederaan semasa lahir termasuk kecederaan saraf.

Selain itu, terapi sama turut digunakan dalam proses rehabilitasi kanak-kanak yang mengalami kecacatan otak atau penyakit kongenital lain.

p/s : Penyelia dan Petugas PDK jangan pandai-pandai meniru, ia perlu dilakukan oleh professional dan melibatkan ibubapa bersama-sama semasa proses terapi dijalankan, professional pun tidak akan buat jika ibubapa tak buat bersama, inikan pula PDK yang penglibatan ibubapnya boleh dikatakan 'jauh panggang dari api' atau 'orang tak sibuk, kenapa awak nak kecoh;.......

No comments:

Post a Comment