KUALA LUMPUR – Sebanyak 14 jenis barangan termasuk ayam, daging kambing dan telur disenaraikan di bawah Skim Kawalan Harga Musim Perayaan Deepavali 2011 yang berkuat kuasa Jumaat ini sehingga 30 Oktober.
Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob (gambar kecil) berkata, mengikut skim itu, harga runcit maksimum ayam hidup ditetapkan pada RM6.40 sekilogram, ayam standard ialah RM7.50 manakala ayam super RM8.40.
“Kawalan harga ini turut melibatkan empat jenis daging kambing, tiga jenis telur ayam, sayuran dan kekacang,” katanya kepada pemberita di lobi Parlimen di sini semalam.
Ikuti berita selanjutnya di Kosmo! hari ini.
No comments:
Post a Comment