Thursday, October 20, 2011

Had pendapatan isirumah : dari RM3,000 ke RM7,000

p/s 1: Memang disokong untuk meningkatkan pendapatan isirumah ke RM7,000; tetapi menjelang pendapatan tersebut meningkat harga rumah mungkin sudah melambung 2-3 kali ganda dari sekarang. Oleh itu adalah wajar kerajaan mengawal harga rumah, supaya ia boleh menguntungkan rakyat, bukan tuan tanah gedawong.

p/s 2: Dari segi saiz juga kerajaan harus ada satu garis panduan standad (kalau perlu jadikan Akta) supaya pemaju tidak suka-suka membina rumah yang saiznya makin kecil. Malahan ada pangsapuri 3 bilik 2 bilik air yang hanya bersaiz 485' persegi (lebih kecil dari pangsapuri di Singapura, Hong Kong dan Tokyo). Mungkin tandas Seri Perdana pun lebih besar lagi.

KUALA LUMPUR – Kerajaan menimbang untuk menaikkan had kelayakan pendapatan isi rumah daripada RM3,000 sebulan sekarang kepada RM7,000 untuk membolehkan orang ramai membeli kediaman lebih selesa di bawah Skim Rumah Pertamaku.

Timbalan Menteri Kewangan, Datuk Donald Lim Siang Chai berkata, kajian menaikkan had pendapatan pemohon skim tersebut sebanyak dua kali ganda itu sedang dijalankan dengan institusi kewangan.

“Kita sedang kaji had kelayakan sekitar RM6,000 hingga RM7,000 sebulan,” katanya kepada pemberita selepas pelancaran aplikasi mudah alih ‘Kurnia One Touch’ di sini semalam.

Katanya, kajian semula itu adalah sejajar dengan pengumuman Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak semasa membentangkan Bajet 2012 yang menaikkan had pinjaman di bawah skim itu daripada RM220,000 kepada RM400,000.

Siang Chai memberitahu, kementerian itu sedang menunggu maklum balas dari bank-bank berkaitan cadangan tersebut.

“Kami telah meminta pihak bank memberikan kami angka yang mereka rasa selesa jika seseorang itu perlu meminjam lebih banyak wang (di bawah skim itu), katanya.

Sementara itu, Persatuan Pemaju Hartanah dan Perumahan Malaysia (Rehda) mengalu-alukan inisiatif menaikkan had pendapatan isi rumah di bawah pindaan skim itu dengan syarat ia tidak memberi kesan meningkatkan kadar hutang.


Ikuti berita selanjutnya di Kosmo! hari ini.

No comments:

Post a Comment