Saturday, October 1, 2011

Climbaton Antarabangsa Kinabalu kian mencabar

Kinabalu Climbatahon 2010

ACARA baru Climbaton Antarabangsa Kinabalu - Siri Mencabar akan diperkenalkan tahun depan dalam usaha memacu industri pelancongan di negeri ini, kata Menteri Pelancongan, Kebudayaan dan Alam Sekitar Negeri Datuk Masidi Manjun.

Berikutan itu, katanya acara Climbaton Antarabangsa Kinabalu yang terkenal di seluruh dunia dan melahirkan ramai pendaki gunung handalan tempatan dan antarabangsa akan berakhir tahun ini.

Antara peserta Kinabalu Climbathon 2006
 Masidi berkata tujuannya ialah untuk mempelbagaikan produk pelancongan negeri melalui aktiviti berbentuk rekreasi dan bukan acara sukan semata-mata.

“Acara itu akan diganti dengan siri baru yang lebih mencabar iaitu Climbaton Antarabangsa Kinabalu-Siri Mencabar sejauh 23 kilometer berbanding 21 kilometer sebelum ini.

Peserta sedang menuju ke puncak Kinabalu pada pertandingan
serupa pada tahun lalu
“Kita akan mulakan acara ini tahun depan apabila laluan larian siap sepenuhnya, dan peserta tidak lagi perlu berlari atau berlumba sehingga ke puncak Gunung Kinabalu,” katanya kepada pemberita selepas menghadiri penyampaian tajaan Celcom sebanyak RM30,000 untuk perlumbaan Climbathon Antarabangsa Gunung Kinabalu, yang akan berlangsung pada 22 dan 23 Oktober, semalam.
Masidi berkata, laluan baru itu sudah lama digunakan oleh penduduk tempatan tetapi ia perlu diperbaiki lagi untuk keselamatan dan memberi keselesaan kepada peserta. “Laluan siri baru itu akan merentasi beberapa kampung di Kundasang.


Gunung Kinabalu dari Kampung Sinisian, Kundasang (2008)
 Bermula di Dewan Taman Kinabalu seterusnya melalui Timpohon, Masilou dan beberapa kampung lain di sekitar Gunung Kinabalu dan pada masa yang sama peserta dapat menikmati keindahan perkampungan di sana,” katanya.

Masidi berkata, pihaknya bercadang menjadikannya sebagai acara tahunan sama seperti Climbaton Antarabangsa Kinabalu.

No comments:

Post a Comment