Saturday, October 8, 2011

Bonus untuk 1.3 juta penjawat awam Disember ini

p/s 1: Nampaknya, 471 orang Penyelia PDK dan 1783 orang Petugas PDK terus dilupakan dari menerima bonus, walaupun kerja mereka lebih teruk dari cikgu-cikgu sekolah khas.

p/s 2: EPU terus melupakan jasa Penyelia dan Petugas PDK dalam memulih, mendidik dan melatih labih dari 20 ribu OKU di 471 buah PDK seluruh negara.

p/s 3: Penyelia PDK hanya menerima saguhati sebanyak RM1,200 sebulan manakala Petugas PDK pula hanya menerima saguhati sebanyak RM800.00

p/s 4: Bersabarlah duhai Penyelia-Penyelia dan Petugas-Petugas PDK........................

KUALA LUMPUR - Kerajaan mengumumkan pemberian bonus tambahan setengah bulan gaji atau minimum RM500 seorang kepada 1.3 juta penjawat awam pada bulan Disember ini.

Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak berkata, langkah itu bertujuan mengiktiraf sokongan penjawat awam dalam pembangunan negara.

"Langkah tersebut akan menjadikan jumlah bonus yang diberikan kepada penjawat awam pada tahun ini bersamaan dengan sebulan gaji atau bayaran minimum RM1,000.

"Bayaran ini akan memanfaatkan 1.3 juta penjawat awam," katanya pada pembentangan Bajet 2012 di Dewan Rakyat semalam.


Ikuti berita selanjutnya di Kosmo! hari ini

No comments:

Post a Comment