BENTONG: Kira-kira 1,000 peserta membanjiri Dataran Bentong, di sini, semalam bagi menyahut seruan kerajaan mengamalkan gaya hidup sihat dalam Program 10,000 Langkah Sehari anjuran Berita Harian dengan kerjasama Kementerian Kesihatan.
Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr Liow Tiong Lai dalam ucapan perasmiannya memuji langkah diambil akhbar arus perdana itu dalam mempromosikan gaya hidup sihat bagi memastikan semua rakyat negara sedar betapa pentingnya menjaga kesihatan.
Beliau turut berharap banyak lagi program seumpama itu dijalankan oleh pelbagai pihak, termasuk pertubuhan bukan kerajaan (NGO) berikutan peningkatan peratusan dalam penyakit tidak berjangkit (NCD) sejak beberapa tahun ini.
"Saya berharap penganjur dapat meneruskan usaha ini di peringkat lebih luas lagi dan lebih bagus jika dapat menjelajah di seluruh negara bagi memberi kesedaran kepada semua lapisan masyarakat,” katanya.
No comments:
Post a Comment