Gabenor Bank Negara terima gred A
Tan Sri Dr Zeti Akhtar Aziz |
GABENOR Bank Negara Malaysia, Tan Sri Dr Zeti Akhtar Aziz (atas) sekali lagi disenaraikan sebagai Ketua Bank Pusat Terbaik Dunia 2011 dalam kaji selidik dijalankan majalah kewangan Global Finance.
Zeti menerima penarafan gred A oleh majalah kewangan itu bersama-sama Amando Tetangco dari Filipina, Fai-Nan Perng (Taiwan), Glenn Stevens (Australia), Riad Salameh (Lebanon) dan Stanley Fischer (Israel).
Beliau juga menerima penarafan itu pada tahun lalu dan 2009. Kecuali pada 2008, Zeti menerima gred A secara berturut-turut sebelum ini sejak 2003.
Sementara itu, Pengerusi Rizab Persekutuan Amerika Syarikat (AS) Ben S. Bernanke menerima gred ‘C’ dalam penilaian tahunan dijalankan Global Finance sejak 1994 itu.
Gred Bernanke tidak berubah seperti tahun lalu, manakala Presiden European Central Bank (ECB), Jean-Claude Trichet yang akan melepaskan jawatan diberikan gred ‘B’ selepas pencapaian ‘A’ pada tahun lalu.
Gabenor Bank of Japan (BoJ), Masaaki Shirakawa turut menerima gred ‘C’ manakala Mark Carney dari Kanada dan Mervyn King dari United Kingdom, masing-masing diberikan gred ‘B’.
INFO: Tan Sri Dr Zeti Akhtar Aziz
- Zeti adalah gabenor ketujuh Bank Negara yang dilantik pada Mei 2000.
- Memulakan kerjaya sebagai Penyelidik ekonomi di Pusat Penyelidikan dan Pembelajaran Bank Pusat Asia Tenggara pada tahun 1979 hingga 1984.
- Dilantik sebagai Ketua Jabatan Ekonomi Bank Negara Malaysia pada 1994, dan dilantik sebagai Pemangku Gabenor Bank Negara Malaysia 1 September 1998 selepas Datuk Ahmad Mohd Don mengundur diri.
- Pada November 2008, beliau menerima kepercayaan tinggi bank pusat antarabangsa dipilih sebagai ahli petugas khas Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) untuk mengkaji perubahan sistem pasaran global
No comments:
Post a Comment