Sunday, September 18, 2011

Satelit Lama NASA hentam Bumi minggu ini



Gambar contoh
WASHINGTON - Agensi angkasa Amerika Syarikat (AS) mengumumkan sebuah satelit lama di angkasa dijangka jatuh ke Bumi dalam tempoh seminggu.

Pentadbiran Aeronautik dan Angkasa Lepas Kebangsaan (Nasa) kini sedang memantau satelit seberat enam tan itu dan menjangka ia akan menghentam Bumi pada 23 September depan.

Saintis Nasa turut mengumumkan satelit itu dijangka pecah kepada 26 bahagian kecil semasa mendekati Bumi dan kemungkinan untuk serpihan itu terkena seseorang di planet ini adalah 1 dalam 3,200.

Maklumat terperinci akan diumumkan Nasa, minggu ini dan buat masa ini, semua benua kecuali Antartika mempunyai kemungkinan dihentam serpihan satelit itu.

p/s : kemungkinan terkena manusia ialah 1 : 3,200. Ini maknanya penduduk Malaysia mempunyai 900,000 kali kemungkinan akan terkena serpihan satelit tersebut.

p/s : WASPADA: bagaimana kita nak waspada sedangkan tahi cicak jatuh dari atas siling pun kita tak tahu bila.

p/s : kelajuan serpihan satelit tersebut menghentam bumi dianggarkan selaju 17,000 km/jam.


gambar contoh. Mungkin satelit sebegini yang akan jatuh ke bumi pada 23.09.11 ini

No comments:

Post a Comment