Friday, September 23, 2011

Pantai burka di Albania




BEBERAPA wanita memakai burka mandi di sebuah pantai di Spille, Albania pada bulan lalu.



SPILLE - Sebuah kawasan di sebuah pantai di sini diberi jolokan pantai burka kerana ia dikhaskan untuk wanita Muslim yang tidak memakai bikini.
Albania

Ia terletak di barat daya Tirana di Albania dan beberapa meter dari kawasan pantai yang membenarkan wanita berjemur dan berenang dengan memakai bikini.
Sebuah pantai perkelahan di Albania

Pantai tersebut merupakan satu-satunya pantai yang dikhaskan untuk wanita Muslim berenang dan bermain air laut dengan memakai burka.
Saranda, sebuah bandar pantai selatan Albania

Kira-kira dua pertiga (70%) daripada penduduk Albania berjumlah 3.5 juta orang merupakan penduduk Muslim.

albania/tirana_view
Tirana, ibu kota Albania (foto 2007)
p/s 1: TERBALIK, kita di Malaysia pula ada pantai khas yang sengaja disorok untuk berbogel, atau PANTAI BOGEL menurut beberapa cerita yang meniti bibir masyarakat sejak tahun 1982 lagi, penulis semasa menaikki feri dari Mersing ke Tioman pernah menyaksikan sendiri pantai bogel tersebut (melalui teropong) di sebuah pulau kecil berhampiran Pulau Tioman, penulis pada masa tersebut bersama-sama kumpulan peserta kursus belia ke Pantai Kampung Tekek, Tioman pada penghujung 1982.

p/s 2 : kita boleh buat apa, nak mengadu kat siapa, teropong ajelah!

No comments:

Post a Comment