Friday, September 2, 2011

Penggunaan Kosmetik : Orang muda dapat penyakit tua

KUALA LUMPUR – Orang ramai yang terlalu banyak menggunakan bahan kimia dalam industri seperti plastik dan produk penjagaan peribadi tercemar mungkin terdedah kepada hormon berbahaya xenoestrogen.


Hormon itu diserap secara berterusan menerusi penggunaan kosmetik, plastik, petroleum dan bahan pencuci sehingga menyebabkan seseorang itu menghadapi masalah kesihatan tanpa disedari.

Pengerusi Eksekutif Pusat Perubatan PrimaNora, Datuk Dr. Nor Ashikin Mokhtar mendedahkan, ia menjadi punca ramai orang muda yang berusia seawal 15 tahun terdedah kepada penyakit dan ketumbuhan yang biasanya dihidapi golongan dewasa.

“Sekarang ramai remaja yang menjadi pesakit saya sudah ada fibroid dalam perut, ketumbuhan di payu dara, gangguan hormon malah lelaki pula ada masalah kesuburan,” jelasnya ketika ditemui Kosmo! di pejabatnya di sini baru-baru ini.

Beliau yang juga pakar obstetrik dan ginekologi menambah, jika penggunaan bahan-bahan itu tidak diawasi dan dikurangkan ia menyebabkan xenoestrogen semakin berleluasa dalam badan dan mendorong kepada berlakunya masalah hormon tidak seimbang.

p/s : ini mungkin merungkai persoalan, mengapa wanita lebih cepat tua dari lelaki dan isteri nampak lebih berumur (tua) dari suami walaupun beza umur antara isteri dan suami mencapai 10 tahun; inikan pula bagi mereka yang kahwin sebaya, anak baru dua dah nampak macam nenek (kecuali masa guna mekap-bila bila tak guna mekap.............masyaAllah!!!!!!!!!!!!!!!)

No comments:

Post a Comment