Saturday, September 17, 2011

Kenakan insurans kepada penumpang : Taktik pengusaha bas ekspres lepas tangan

KUALA LUMPUR – Beberapa persatuan pengguna menganggap cadangan mengenakan insurans perlindungan kepada pengguna bas ekspres sebagai helah peng- usaha menyembunyikan kecuaian pemandu mereka sekiranya berlaku kemalangan jalan raya.

Penasihat Persatuan Pengguna Islam Malaysia, Tunku Azwil Tunku Abdul Razak berkata, cadangan tersebut hanya membuatkan pemandu mudah leka dan meletakkan risiko kemalangan pada bahu pengguna.

“Untuk apa dikenakan insurans lagi kepada pengguna sedangkan sebagai syarat dalam Akta Pengangkutan Jalan sendiri pengguna sudah dilindungi insurans berkelompok yang disediakan oleh syarikat bas.

“Jadi, kesemua kos itu hanya dibebani kepada pengguna daripada pengusaha atau pemandu bas, terutamanya bila tiba musim perayaan yang banyak berlaku kes kemalangan,” katanya ketika dihubungi di sini semalam.

p/s : mungkin pengguna/penumpang yang pernah menaikki bas ekspres Transnasional perasan atau tak perasan, mereka telah membayar RM0.10sen untuk insurans kehilangan barang sehingga RM200.00 dan jaminan tiada kelewatan perjalanan, sejak lebih 20 tahun lalu.

p/s 2 : seorang rakan saya pernah mendapat gantirugi sebanyak RM200.00 di atas kehilangan bagasinya yang diletakkan tempat meletak bagasi di bawah perut bas.

No comments:

Post a Comment